Satu perjumpaan telah diadakan pada hari hari Khamis 28 Januari minggu lepas di Dewan Sekolah SKKK2 yang lepas bagi membincangkan perancangan peningkatan UPSR 2010.
Taklimat HEM kepada murid tahap 2 telah diadakan oleh PK HEM yang baru bagi memantapkan disiplin sekolah ke satu tahap yang lebih mantap supaya murid mencapai tahap kemenjadian yang lebih tinggi
Kelihatan PK HEM sedang memberi taklimat kepada murid tahap 2
Pada hari ini satu Majlis Perpisahan PK HEM telah diadakan di tapak perhimpunan. PK HEM Puan Hjh Sabarina Binti Yaacob telah mendapat memo pertukaran ke sekolah baru di SK Kemumin. Semoga beliau dapat berkhidmat dengan cemerlang di sekolah beliau yang baru sepertimana yang dilakukan beliau semasa berada di sekolah ini. Selamat maju jaya!!. Sekitar majlis perpisahan tersebut.....
Satu majlis solat hajat guru telah diadakan di musalla sekolah pada pagi ini bagi memohon keberkatan daripada Allah SWT tentang kerja buat yang akan dilakukan sepanjang 2010.
Suasana cukup meriah disini dengan para ibubapa seawal 7.00 pagi lagi telah berada di perkarangan sekolah untuk menguruskan keperluan anak-anak. Wahai anak-anak...anda telah melangkah ke satu alam baru yang penuh keseronokan. Sesungguhnya masa depan anda bermula di sini hari ini.
SKKK 2 telah ditubuhkan pada tahun 1988. Ia terletak di Kampung Chicha Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Jaraknya lebih kurang 8km dari Bandar Kota Bharu. Sekolah ini telah dibina di atas tapak sawah padi seluas 1.62 hektar dan mempunyai 2 blok bangunan asal yang dikelilingi pokok kelapa ayng ditanam oleh guru besar. Sejak penubuhannya sehinga kini, sekolah ini mempunyai 10 orang guru besar. Buru besar yang pertama iaitu Hj Ariffin bin Ismail mula berkhidmat pada 1 Januaru 1988 sehinggan 31 Disember 1988. Guru besar pertama dipindahkan dari SK Zainab, Telipot Kota Bharu. Tertubuhnya sekolah ini disebabkan oleh penambahan penduduk di sekitar Kubang Kerian. Pada tahun pertama penubuhannya, murid-murid SKKK 1 yang beralamat di sekitar Kg Chicha telah dipindahkan ke SKKK 2 dan ditambah dengan pendaftaran baru pada tahun tersebut. Murid-murid yang telah diipindahkan dari SKKK 1 adalah mereka yang beralamat di sekitar Kg Chicha seperti Kg Pasir Tumbuh, Kg Binjai, Pulau Hilir dan lain-lain. Pada tahun pertama penubuhanya, hanya 310 orang murid menduduki tahun 1 hingga 6 dan purata bagi setiap kelas ialah 20 orang. Manakala guru pula lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada mereka yang telah dipindahkan dari sekolah sekitarnya. Pada tahun 1988, sekolah ini telah manduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan yang agak memberansangkan dengan 8 orang murid mendapat 5A.