Tanggal 14 Februari 2011,Penolong Pengarah ICT JPN Kelantan telah datang ke Skkk2 dalam rangka lawatan beliau bagi melihat sejauh mana perjalanan KSSR terutamanya subjek DST.Guru yang dicerap pada masa itu adalah Puan Junaidah.Puan Zuriah telah memberi penerangan yang begitu jelas sekali mengenai cara-cara menulis dalam buku rancangan mengajar,cara-cara mengajar TMK dalam DST.Puan Zuriah juga telah membuat sedikit demonstrasi atau tunjukcara bagaimana untuk mengajar dengan berkesan agar suasana P&P menjadi lebih diminati oleh murid-murid seawal Tahun 1.Sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran itu,Puan Zuriah melahirkan rasa bangganya terhadap pengetahuan sedia ada murid-murid ini di mana apabila ditanya mengenai web browser,hampir separuh kelas telah dapat menjawab......Walau bagaimana pun sesi perjumpaan dengan guru-guru Tahun 1 tidak sempat diadakan lantaran bertindan dengan mesyuarat guru untuk persediaan mesyuarat agung PIBG yang akan diadakan pada 19 Februari 2011 bersamaan dengan hari Sabtu.Puan Zuriah akan datang semula ke Skkk2 pada minggu hadapan.Guru-guru Tahun 1 diminta bersedia.
Puan Zuriah sedang membuat demonstrasi....cara mengajar DST dengan betul |