March 3, 2011

Kejohanan Merentas Desa 2011

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
 Tanggal 3 March 2011,Unit Ko Kurikulum Skkk2 telah melancarkan Kejohanan Merentas Desa yang diketuai oleh Puan Hjh Wan Fetimah Bt.Che Mahmed.Program ini berjalan dengan jayanya dan penuh gilang gemilang.Dimulai dengan acara senamrobik di sebelah paginya,kemudian dilepaskan oleh jawatankuasa pelepasan yang diketuai oleh Tuan Hj.Che Zaudin,selaku Guru Besar Skkk2.Petugas-petugas di check point telah sedia maklum dan akur dengan tugas-tugas mereka.Seawal pagi mereka telah pergi ke destinasi masing-masing bagi memastikan perjalanan kejohanan ini berlangsung dalam keadaan yang harmoni.Para petugas keselamatan juga turun menyumbangkan tenaga yang tidak kurang pentingnya.Semua unit telah memberi kerjasama yang padu dalam usaha menjayakan program ini.....Semoga kerjasama yang padu sebegini akan dapat dikekalkan di kalangan warga Skkk2 dalam setiap progranm yang dirancang oleh pihak sekolah."Maju Sukan Untuk Negara"
Senamrobik sebelum memulakan acara rentas desa....
Senam bersama.....diketuai oleh guru pelatih IPGM Kampus Kota Bharu....
berlepas.....
GB,PK Ko dan Setiausaha Kokurikulum sewaktu melepaskan para peserta....

CARIAN

Sorotan Sejarah Skkk2

SKKK 2 telah ditubuhkan pada tahun 1988. Ia terletak di Kampung Chicha Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Jaraknya lebih kurang 8km dari Bandar Kota Bharu. Sekolah ini telah dibina di atas tapak sawah padi seluas 1.62 hektar dan mempunyai 2 blok bangunan asal yang dikelilingi pokok kelapa ayng ditanam oleh guru besar. Sejak penubuhannya sehinga kini, sekolah ini mempunyai 10 orang guru besar. Buru besar yang pertama iaitu Hj Ariffin bin Ismail mula berkhidmat pada 1 Januaru 1988 sehinggan 31 Disember 1988. Guru besar pertama dipindahkan dari SK Zainab, Telipot Kota Bharu. Tertubuhnya sekolah ini disebabkan oleh penambahan penduduk di sekitar Kubang Kerian. Pada tahun pertama penubuhannya, murid-murid SKKK 1 yang beralamat di sekitar Kg Chicha telah dipindahkan ke SKKK 2 dan ditambah dengan pendaftaran baru pada tahun tersebut. Murid-murid yang telah diipindahkan dari SKKK 1 adalah mereka yang beralamat di sekitar Kg Chicha seperti Kg Pasir Tumbuh, Kg Binjai, Pulau Hilir dan lain-lain. Pada tahun pertama penubuhanya, hanya 310 orang murid menduduki tahun 1 hingga 6 dan purata bagi setiap kelas ialah 20 orang. Manakala guru pula lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada mereka yang telah dipindahkan dari sekolah sekitarnya. Pada tahun 1988, sekolah ini telah manduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan yang agak memberansangkan dengan 8 orang murid mendapat 5A.

Kem Kepmpinan Skkk2 @Sri Pantai Beach Resort

Kem Kpmpinan Sri Pantai@1&2Feb 2012 Slideshow: Skkk2’s trip to Kota Bharu, Kelantan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kota Bharu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Album Kenangan

PENAFIAN