May 8, 2011

Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 8 Mei 2011,satu Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda telah disempurnakan di Dewan Harmoni Skkk2.Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar,Encik Ismail B.Ibrahim.En.Ismail terlebih dahulu mengucapkan tahniah di atas pelantikan para pemimpin kecil yang terdiri daripada Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Briged ICT,Pembimbing Rakan Sebaya,Ketua-ketua Darjah dan Penolong-penolong Ketua Darjah.Seramai 286 orang pemimpin kecil yang terlibat dalam Majlis ini.
  CIF Inspektor Azhar telah dijemput khas bagi merasmikan majlis,sekaligus menyempurnakan majlis yang serba sederhana tapi meriah ini.CIF telah menyatakan rasa bangganya terhadap anak-anak yang telah dippilih ini dan telah memmberikan motivasi serta dorongan semangat agar para pemimpin cili ini terus bertugas dan memikul tanggungjawab dengan penuh dedikasi."Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang terpilih menjadi pemimpin dan terima kasih diucapkan kepada CIF Inspektor Azhar di atas kesudian menyempurnakan majlis  pada hari ini".
Tuan Guru Besar sedang memberi ucapan.
 penyerahan watikah....


ikrar...bahawasanya kami...para pemimpin SKKK2 berjanji......   
barisan pemimpin Skkk2 bersama CIF Inspektor Azhar
selamat bertugas......


CARIAN

Sorotan Sejarah Skkk2

SKKK 2 telah ditubuhkan pada tahun 1988. Ia terletak di Kampung Chicha Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Jaraknya lebih kurang 8km dari Bandar Kota Bharu. Sekolah ini telah dibina di atas tapak sawah padi seluas 1.62 hektar dan mempunyai 2 blok bangunan asal yang dikelilingi pokok kelapa ayng ditanam oleh guru besar. Sejak penubuhannya sehinga kini, sekolah ini mempunyai 10 orang guru besar. Buru besar yang pertama iaitu Hj Ariffin bin Ismail mula berkhidmat pada 1 Januaru 1988 sehinggan 31 Disember 1988. Guru besar pertama dipindahkan dari SK Zainab, Telipot Kota Bharu. Tertubuhnya sekolah ini disebabkan oleh penambahan penduduk di sekitar Kubang Kerian. Pada tahun pertama penubuhannya, murid-murid SKKK 1 yang beralamat di sekitar Kg Chicha telah dipindahkan ke SKKK 2 dan ditambah dengan pendaftaran baru pada tahun tersebut. Murid-murid yang telah diipindahkan dari SKKK 1 adalah mereka yang beralamat di sekitar Kg Chicha seperti Kg Pasir Tumbuh, Kg Binjai, Pulau Hilir dan lain-lain. Pada tahun pertama penubuhanya, hanya 310 orang murid menduduki tahun 1 hingga 6 dan purata bagi setiap kelas ialah 20 orang. Manakala guru pula lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada mereka yang telah dipindahkan dari sekolah sekitarnya. Pada tahun 1988, sekolah ini telah manduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan yang agak memberansangkan dengan 8 orang murid mendapat 5A.

Kem Kepmpinan Skkk2 @Sri Pantai Beach Resort

Kem Kpmpinan Sri Pantai@1&2Feb 2012 Slideshow: Skkk2’s trip to Kota Bharu, Kelantan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kota Bharu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Album Kenangan

PENAFIAN