SKKK 2 TELAH DITUBUHKAN PADA
TAHUN 1988. Ia terletak di Kampung Chicha Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.
Jaraknya lebih kurang 8km dari Bandar
Kota Bharu.
Sekolah
ini telah dibina di atas tapak sawah padi seluas 1.62 hektar dan mempunyai 2
blok bangunan asal yang dikelilingi pokok kelapa ayng ditanam oleh guru besar.
Sejak
penubuhannya sehinga kini, sekolah ini mempunyai 10 orang guru besar. Buru
besar yang pertama iaitu Hj Ariffin bin Ismail mula berkhidmat pada 1 Januaru
1988 sehinggan 31 Disember 1988. Guru besar pertama dipindahkan dari SK Zainab, Telipot Kota Bharu.
Tertubuhnya
sekolah ini disebabkan oleh penambahan penduduk di sekitar Kubang Kerian. Pada
tahun pertama penubuhannya, murid-murid SKKK 1 yang beralamat di sekitar Kg
Chicha telah dipindahkan ke SKKK 2 dan ditambah dengan pendaftaran baru pada
tahun tersebut.
Murid-murid
yang telah diipindahkan dari SKKK 1 adalah mereka yang beralamat di sekitar Kg Chicha
seperti Kg Pasir Tumbuh, Kg Binjai, Pu;au Hilir dan lain-lain. Pada tahun
pertama penubuhanya, hanya 310 orang murid menduduki tahun 1 hingga 6 dan
purata bagi setiap kelas ialah 20 orang. Manakala guru pula lebih kurang 20
orang yang terdiri daripada mereka yang telah dipindahkan dari sekolah sekitarnya.
Pada
tahun 1988, sekolah ini telah manduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan
yang agak memberansangkan dengan 8 orang murid mendapat 5A.