September 4, 2011

Selamat Datang Guru-guru PBS

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 4 September 2011,pihak sekolah telah menerima seramai 6 orang guru pelatih yang akan menjalani PBS atau Pengalaman Berasaskan Sekolah yang berlangsung mulai 04 September hingga 08 September 2011.Mereka adalah Cik Amie sharmimie Yaacob,Cik Nur'Ain Fatihah Bt.Yusof dari IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka,Cik Wahida Amalin Sa'adun dari IPG Kampus Kota Bharu,Cik Wan SufiyyahWan Zulkipli,Cik Nor Irwanis Yaakub dan Cik Ain Syuhada Baharuddin dari IPG Kampus Tuanku Bainun.Kepada adik-adik pelatih ini selamat menimba pengalaman dari sekolah kami dan jika anda menghadapi sebarang masalah,sila hubungi para pentadbir dan guru-guru di sini.Insya allah kami akan sentiasa memberi kerjasama kepada anda semua.....".Selamat Menimba pengalaman dan Kongsi Pengalaman"
Adik-adik pelatih dari 3 IPGM yang berbeza...Kampus Kota Bharu,kampus Tengku Bainun dan Kampus Perempuan Melayu Melaka

CARIAN

Sorotan Sejarah Skkk2

SKKK 2 telah ditubuhkan pada tahun 1988. Ia terletak di Kampung Chicha Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Jaraknya lebih kurang 8km dari Bandar Kota Bharu. Sekolah ini telah dibina di atas tapak sawah padi seluas 1.62 hektar dan mempunyai 2 blok bangunan asal yang dikelilingi pokok kelapa ayng ditanam oleh guru besar. Sejak penubuhannya sehinga kini, sekolah ini mempunyai 10 orang guru besar. Buru besar yang pertama iaitu Hj Ariffin bin Ismail mula berkhidmat pada 1 Januaru 1988 sehinggan 31 Disember 1988. Guru besar pertama dipindahkan dari SK Zainab, Telipot Kota Bharu. Tertubuhnya sekolah ini disebabkan oleh penambahan penduduk di sekitar Kubang Kerian. Pada tahun pertama penubuhannya, murid-murid SKKK 1 yang beralamat di sekitar Kg Chicha telah dipindahkan ke SKKK 2 dan ditambah dengan pendaftaran baru pada tahun tersebut. Murid-murid yang telah diipindahkan dari SKKK 1 adalah mereka yang beralamat di sekitar Kg Chicha seperti Kg Pasir Tumbuh, Kg Binjai, Pulau Hilir dan lain-lain. Pada tahun pertama penubuhanya, hanya 310 orang murid menduduki tahun 1 hingga 6 dan purata bagi setiap kelas ialah 20 orang. Manakala guru pula lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada mereka yang telah dipindahkan dari sekolah sekitarnya. Pada tahun 1988, sekolah ini telah manduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan yang agak memberansangkan dengan 8 orang murid mendapat 5A.

Kem Kepmpinan Skkk2 @Sri Pantai Beach Resort

Kem Kpmpinan Sri Pantai@1&2Feb 2012 Slideshow: Skkk2’s trip to Kota Bharu, Kelantan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kota Bharu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Album Kenangan

PENAFIAN