December 30, 2009

Mesyuarat Guru Kali Pertama


Semalam dua mesyuarat dijalankan serentak iaitu Mesyuarat Perancang Sekolah dan Mesyuarat Kurikulum diikuti pula hari ini Mesyuarat Guru Kali Pertama telah diadakan di Bilik Wawasan. Ini seumpama pembukaan gelanggang perjuangan 2010 yang penuh dengan cabaran dan dugaan dan disambut pula dengan penuh semangat oleh guru-guru SKKK2. Syabass....!! Dan selamat mengajar pada 2010!!

November 26, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga SKKK2 dan para ibubapa dengan ucapan maaf zahir dan batin.

November 19, 2009

Keputusan UPSR 2009

Tahniah kepada semua murid yang berjaya mendapat 5A! Kita telah berjaya meningkatkan prestasi pencapaian UPSR tahun ini. Jasa jasa dan pengorbanan guru tidak mudah dilupakan. Terima kasih cikgu!!!
Kepada mereka yang ingin melihat statistik keputusan UPSR 2009 sila dapatkan di sini.

November 17, 2009

Sekitar Majlis Jamuan Perpisahan Murid Tahun 6



Majlis telah diadakan sebentar tadi di dewan SK Kubang Kerian 2 dengan kehadiran semua guru dan wakil PIBG.

November 16, 2009

Perhimpunan mingguan terakhir bagi tahun 2009


Perhimpunan terakhir bagi tahun 2009 ini telah diadakan di tapak perhimpunan dimana Guru Besar dan wakil guru memberi nasihat dan amanat yang terakhir kepada semua murid bagi menghadapi cabaran-cabaran baru pada tahun depan.

November 12, 2009

Kedudukan Kelas Murid Tahun 2010

Ibubapa/penjaga boleh melihat kedudukan kelas anak masing-masing bagi sesi persekolahan 2010 di ruangan download. Sila klik "download" di sebelah kiri blog ini. Terima kasih.

November 8, 2009

November 2, 2009

Nota membuat blog

Dapatkan nota membuat blog di ruangan download.

Marksheet Akhir Tahun Versi Baru

Guru-guru boleh mula mendownload marksheet dengan klik butang download di sebelah kanan.
Ini adalah marksheet versi baru yang mana versi lama sudah tidak dipakai lagi. Pastikan guru kelas memasukkan markah dengan menggunakan marksheet baru.

October 28, 2009

Kursus Blog

Hari kedua ni... banyak ilmu baru diperolehi. Terima kasih JU!!!

CARIAN

Sorotan Sejarah Skkk2

SKKK 2 telah ditubuhkan pada tahun 1988. Ia terletak di Kampung Chicha Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Jaraknya lebih kurang 8km dari Bandar Kota Bharu. Sekolah ini telah dibina di atas tapak sawah padi seluas 1.62 hektar dan mempunyai 2 blok bangunan asal yang dikelilingi pokok kelapa ayng ditanam oleh guru besar. Sejak penubuhannya sehinga kini, sekolah ini mempunyai 10 orang guru besar. Buru besar yang pertama iaitu Hj Ariffin bin Ismail mula berkhidmat pada 1 Januaru 1988 sehinggan 31 Disember 1988. Guru besar pertama dipindahkan dari SK Zainab, Telipot Kota Bharu. Tertubuhnya sekolah ini disebabkan oleh penambahan penduduk di sekitar Kubang Kerian. Pada tahun pertama penubuhannya, murid-murid SKKK 1 yang beralamat di sekitar Kg Chicha telah dipindahkan ke SKKK 2 dan ditambah dengan pendaftaran baru pada tahun tersebut. Murid-murid yang telah diipindahkan dari SKKK 1 adalah mereka yang beralamat di sekitar Kg Chicha seperti Kg Pasir Tumbuh, Kg Binjai, Pulau Hilir dan lain-lain. Pada tahun pertama penubuhanya, hanya 310 orang murid menduduki tahun 1 hingga 6 dan purata bagi setiap kelas ialah 20 orang. Manakala guru pula lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada mereka yang telah dipindahkan dari sekolah sekitarnya. Pada tahun 1988, sekolah ini telah manduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan yang agak memberansangkan dengan 8 orang murid mendapat 5A.

Kem Kepmpinan Skkk2 @Sri Pantai Beach Resort

Kem Kpmpinan Sri Pantai@1&2Feb 2012 Slideshow: Skkk2’s trip to Kota Bharu, Kelantan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kota Bharu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Album Kenangan

PENAFIAN