July 27, 2011

Kem Rehat Minda & Motivasi Pelajar

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 27 Julai 2011 satu kem "Rehat Minda dan Motivasi Pelajar "telah diadakan di Jeram Pasu dengan penyertaan seramai 167 orang calonn UPSR 2011.Dimulakan dengan motivasi di sebelah paginya oleh En.Mohd Zaini B.Zakaria yang merupakan guru kaunseling Skkk2.dalam sesi motivasi ini,Cikgu Mohd Zaini telah banyak memberikan kesedaran terhadap pentingnya menjaga masa dan mengagih serta membahagikan masa antara belajar dengan rutin harian murid.Baginya "kejayaan yang cemerlang akan dapat dicapai oleh insan biasa yang berusaha luar biasa"Inilah kata-kata semangat yang selalu disematkan di minda murid-murid Skkk2.
         Selepas majlis motivasi ini,murid-murid terus mandi-manda di jeram yang dingin dan mendamaikan ini.Dari riak wajah dan gelagat mereka,jelas terpancar sinar kegembiraan dan kegirangan,bagaikan segala bebanan belajar yang ditanggung selama ini hilang bersama terjunnya air di jeram ini.Jerit pekik dan keriuhan murid-murid bermandi-manda ini turut dirasakan oleh guru-guru pengiringnya seperti  Pk HEM(Puan Halimah Bt.Abdullah Kutty),Cik Nurul Hanani Bt.Mohd Nor,Puan Nurul Hidayat Ibrahim,En.Mohd Azlaihan Ismail,Pn.hjh Che Azizah Bt.Daud,Puan Junaidah Bt.Ahmad,Ustaz Zaki,En.Abdul Wahab ,En.Roslan,Ustaz Halim Hj.Razali,Puan Midah Bt.Ab.Lah,Puan Che Faridah Bt.Abdullah dan barisan guru pelatih yang sangat-sangat memberi kerjasama,En.Mohd Sharmin Mohd Shaari,En.Fauzul Azmi .Tahniah diucapkan kepada semua di atas kejayaan penganjuran Kem Relax Minda  pada kali ini.Semoga usaha-usaha murni ke arah melapangkan pemikiran murid dapat diseimbangkan dengan pecutan  akademik   di kalangan pelajar dapat diteruskan lagi bagi memastikan kejayaan  murid-murid  adalah dengan usaha yang padu dan seimbang antara akademik dengan penyuburan rohani dan minda.Pecutan akademik yang dilakukan selama ini moga-moga tidak membebankan minda murid dan bakal calon UPSR 2011 dapat memberi fokus yang sepenuhnya kepada UPSR yang bakal tiba pada bulann September nanti.Demikian,ujar Puan Halimah Bt.Abdullah Kutty selaku Penolong Kanan HEM Skkk2.
     Acara membakar ayam atau BBQ juga dilaksanakan dalam suasana yang cukup meriah dan dapat dilihat betapa gembiranya para calon UPSR sesi 2011 ini menjalani kesemua aktiviti yang dirancang.Mereka juga sempat solat zohor berjemaah di tepian air terjun yang cukup damai dan tenang ini.Deruannya makin menambahkan khusyuknya solat berjemaah pada hari ini.Apa jua program yang dirancang,adalah semata-mata untuk memastikan bakal calon UPSR ini menempuh peperiksaan UPSR dengan hati dan jiwa yang tenang,kerana mereka adalah aset Skkk2 yang sangat bernilai......
Taklimat ...semasa baru tiba.....
Antara guru pengiring yang hadir....

saat gembira...terjun bersama....
sejukkkkk
seronok bersamandi-manda bersama....

July 26, 2011

Kem Motivasi Pelajar

Perhatian kepada para guru dan murid-murid Skkk2:
Satu kem motivasi akan diadakan sebagaimana berikut:
Tempat : Jeram Pasu,Pasir PUteh
Hari dan Tarikh : Rabu 27 Julai 2011
masa : 8.00 hingga 5.00 petang.
Semua calon UPSR sesi 2011 dan guru-guru yang bertugas dijemput hadir bagi menjayakan program anjuran Unit HEM ( Kaunseling) ini.
Sekian ...Harap Maklum

Demonstrasi Menyelamat Dan Kebakaran

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 25 Julai 2011,sati latihan kebakaran telah diadakan oleh Unit Bomba dari Balai Bomba Kota Bharu.Seramai 888 orang murid sekolah ini telah menyertai demonstrasi  ini.Dimulakan dengan deringan loceng kecemasan menandakan adanya kebakaran berlaku di sekitar sekolah.Murid-murid telah berlari ke padang mengikut pelan kecemasan yang telah ditetapkan oleh unit HEM.Jam 11.00 semua murid telah berkumpul di kawasan lapang,yakni padang sekolah menunggu ketibaan penyelamat yang diketuai oleh Ybrs PBK II Wan Asri B.Wan Yaacob.Beliau telah memberi taklimat ringkas mengenai cara-cara menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran.Seterusnya demonstrasi kebakaran telah dibuat di mana ianya mendapat sambutan yang begitu hebat di kalangan murid-murid sekolah.Mereka seronok menyaksikan kebakaran yang ditunjukkan oleh ahli bomba dan bagaimana cara memadamkan api menggunakan gas pemadam api yang disediakan.Beberapa orang guru dan murid telah mencuba untuk memadamkan api.

July 24, 2011

Hadiah Galakan

"Skkk2 Cemerlang Sokmo"... Sk.kubang Kerian 2-Tanggal 24 Julai 2011,Penolong Kanan Pentadbiran Sk.Kubang Kerian 2,En.Mohd Ariffin BYaacob telah berkenan menyampaikan hadiah galakan kepada anak angkatnya sebagai mengepalai guru-guru di sini dalam usaha menaikkan semangat juang anak-anak didik ke arah kecemerlangan UPSR yang bakal tiba pada september nanti.Anak-anak angkat En.Mohd Arrifin adalah mohd Lokman KHakim B. Suhairif,Mohd zharul Aizat BZahari dan Mohd Firdaus B.Mat Yaacob.hadiah ini adalah sebagai perangsang kepada perjuangan anak-anak didik agar mereka akan bertambah bersemangat dalam berusaha ke arah kecemerlangan UPSR nanti.Semoga para guru lain yang kesemuanya diberikan anak angkat di sekolah ini akan mengikuti jejak penolong Kanan Pentadbiran ini."Usaha yang baik seharusnya dihargai dan dicontohi oleh kita para warga guru,khususnya guru-guru Skkk2.Demikian,jelas PKP Skkk2.

Kem KoKurikulum Yang Meriah

"Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan" Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 19,20 dan 21 Julai 2011,satu pekhemahan telah diadakan di Agro Resort Besut Terengganu.Kem ini diadakan di bawah program perkhemahan tahunan Unit Ko kurikulum Sk.kubang Kerian 2.
para peserta sedang diberi taklimat oleh guru pembimbing....
        
  Seramai 85 orang murid dari tahun 4 dan 5 telah menyertai kem ini.Kem yang diketuai diketuai oleh PK Ko Puan Hajah Wan Fatimah Bt.Mohamed dibantu oleh para ahli jawatankuasanya.Kem ini telah berjalan dalam suasana yang begitu meriah dan mendapat sambutan yang begitu hangat daripada para peserta cilik ini.Kesemua peserta ini telah menjalani aktiviti repelling & absailing,ikhtiar hidup,pertandingan masakan dan gubahan bunga,berkayak,jungle tracking dan di sebelah malamnya pula dimeriahkan dengan acara malam kebudayaan.Dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini,para peserta secara tidak langsung dapat berinteraksi dan beraktiviti dengan begitu kreatif.bakat terpendam dapat icungkilkan melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang.Tuan Guru Besar Sk.Kubang Kerian  telah hadir untuk merasmikan majlis penutup kem ini yang berlangsung pada jam 2.00 21 Julai 2011.Dalam ucapannya,Encik Ismail b.Ibrahim telah menyatakan rasa puas hatinya terhadap perjalanan kem ko yang telah dirancang dengan begitu rapi oleh jawatankuasa perkhemahan Sk.kubang Kerian 2 yang diketuai oleh Puan Hjh Wan Fatimah Bt.Mohamed,juga barisan jawatankuasa yang banyak memberi sumbangan seperti Cik Nurul Hanani Bt.Mohd Nor,Puan Nurul Hidayat Ibrahim,Puan Zairos Hadi,Puan Junaidah Bt.Ahmad,Ustaz Zaki,En.Nor asmadi,En.Roslan,En.Aminudin dan barisan guru pelatih yang sangat-sangat memberi kerjasama,En.Mohd Sharmin Mohd Shaari,En.Fauzul Azmi B.fahmi.Tahniah diucapkan kepada semua di atas kejayaan penganjuran kem ko kurikulum pada kali ini.Semoga usaha-usaha murni ke arah memartabatkan ko kurikulum di kalangan pelajar dapat diteruskan lagi bagi memastikan kejayaann murid-murid bukanlah hanya bergantung kepada kecenmerlangan akademik semata-mata,malah daripada segi kokurikulum pun mereka tetap cemerlang......
para peserta sedang menjalani aktiviti lasak...menaiki bukit
sedang menuruni bukit...
para peserta sedang memasang khemah....
khemah yang siap dipasang
aktiviti yang ditunggu-tunggu...bakar ayam...
saat untuk mandi-manda....
sejuk dan damai....
bersenam....
 meriah....Pk ko turut menceriakan suasana...
perasmian penutup oleh Tuan Guru Besar,En.Ismail Ibrahim

July 17, 2011

Kem Kecemerlangan UPSR

Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 14 Julai 2011,satu Kem kecemerlangan UPSR telah diadakan di sekolah ini.Kem ini melibatkan semua murid tahun enam yang bakal menduduki UPSR pada bulan September nanti.Kem kecemerlangan ini banyak memberi pendedahan mengenai cara-cara menjawab soalan dengan teknik yang betul.Subjek yang ditumpukan sepanjang kem ini adalah Sains dan Bahasa Inggeris.Para penceramah yang diundang telah memberi input yang begitu banyak dan berguna.

July 14, 2011

Lawatan Penanda Aras PKG Pendang Dan PKG Bujang

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 14 Julai 2011,Skkk2 telah berkenan menerima kunjungan Pusat Kegiatan Guru  Pendang dan Bujang yang datang untuk tujuan "Perkongsian Amalan Terbaik Dalam Bidang ICT Di Sekolah".Rombongan itu diketuai oleh Tuan Hj.Mohd Shukri B.Mahet,dalam rangka lawatan mereka ke Pantai Timur selama 3 hari 2 malam ini.Skkk2 merupakan destinasi akhir lawatan mereka.Disertai oleh  seramai 88 orang termasuk Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu dan juga Pegawai Pusat Kegiatan Guru,En.Mohd Faizal B.Noor.Skkk2 telah dicalonkan sebagai sekolah "Penanda Aras Bagi Perkongsian Amalan terbaik ICT Di Sekolah".selain daripada pegawai PKG,rombongan ini disertai oleh Guru-guru Penyelaras Bestari ,ICT dan Guru Penyelaras Media bagi PKG Pendang dan PKG Bujang.
      Rombongan disambut dengan paluan kompang dan ucapan "Selamat Datang" daripada Jawatankuasa  Sambutan Skkk2,pasukan kompang dan Briged Bestari .Ketua rombongan tersebut  melahirkan rasa bangga dan terharu di atas sambutan yang diberikan  melalui ucapan alu-aluannya.Guru Besar Skkk2 juga turut melahirkan rasa bangga dan semua barisan pentadbir cukup merasa teruja dengan lawatan ini dan sekaligus merupakan wadah dan jejambat ke arah kolaborasi dunia tanpa sempadan ini.
       Dalam majlis ini,Guru penyelaras bestari Skkk2 ( GPB ) Puan wan Ramlah Daud telah diminta untuk berkongsi apa jua malan terbaik daripada segi pengurusan ICT,pembudayaan ICT yang telah dilakukan terhadap murid-murid dan juga warga sekolah.Di sini,ahli rombngan diberi peluang untuk bertanya dan berkongsi apa yang mereka lakukan di sekolah masing-masing.
        Jam 12.00 tengah hari,rombongan ini telah dibawa melawat ke bilik-bilik ICT - Pusat Akses dan Makmal Komputer.Mereka meninjau-ninjau apa yang dapat mereka kongsi bagi penambahbaikkan untuk bili-bilik ICT di sekolah masing-masing.jam 12.30 tengah hari mereka telah dihidangkan dengan juadah bagi menyempurnakan makan tengah hari mereka.Selesai makan,para ahli rombongan telah diberi cenderahati oleh pihak Skkk2 dan juga bertukar-tukar cendera hati antara ketua rombongan dengan Tuan Guru Besar Skkk2.Selaku guru besar,Encik Ismail B.Ibrahim melahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli rombongan tersebut dan begitulah sebaliknya.semoga dengan perkongsian yang dibina akan merapatkan lagi tali silaturrahim antara sekolah kami dengan sekolah-sekolah di bawah kelompok PKG Pendang dan PKG Bujang.
    En.Ismail Ibrahim ( Guru Besar Skkk2) sedang memberi ucapan alu-aluan dan selamat datang
       Puan Wan Ramlah Daud (GPB Skkk2) dalam sesi perkongsian "Amalan Terbaik"
       Para guru kelompok PKG Pendang dan Bujang sedang memberi tumpuan ....
                                Sesi lawatan ke bilik-bilik ICT
                         Meneliti hasil kerja murid-murid ( Briged Bestari Skkk2)
                                         Bagi mereka yang "vegetarian"....hidangan istimewa
                                    Terima kasih...datang lagi ye lain kali!!!

July 3, 2011

Majlis Semarak Kasih-Perpisahan PK HEM

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 3 Julai 2011,satu Majlis Perpisahan antara guru-guru,para pentadbir sekolah, dan murid-murid telah berrlangsung dalam keadaan yang cukup memilukan.Puan Kamariah Bt.Yusoff telah memulakan khidmatnya di Skkk2 sejak tahun 2008.Selama  tempoh berada di sini,yakni lebih kurang 2 tahun 8,beliau telah menunjukkan khidmat yang cemerlang dan sangat disegani oleh para guru dan murid-murid serta ibubapa.
        Sepanjang berkhidmat di sini,Pn.Kamariah sempat melalui zaman bersama tiga orang guru besar,iaitu,Pn.Sabariah,Tuan Hj.Che Zaudin Ismail dan En.Ismail B.Ibrahim.
        Seawal jam 8.00 pagi,satu majlis bersama guru-guru telah diadakan di Bilik Wawasan Skkk2.Puan Kamariah diminta memberikan ucapan terakhirnya ssebagai penamat perkhidmatannya di sini.Dalam ucapan khasnya,beliau melahirkan rasa terharunya untuk berpisah dengan warga Skkk2 yang rasanya sudah sebati dengan pentadbirannya.Walaupun tiap pertemuan itu ada perpisahan,tiap yang mula akan berakhir,namun pemergian Puan Kamariah akan cukup terasa buat seluruh warga Skkk2. Lantaran sikap dan kepimpinannya yang dedikasi dan cakna murid serta guru,menyebabkan seluruh warga Skkk2 amat berat untuk melepaskan beliau pergi.Cuaca yang mendung hari ini seolah-olah turut merasa kepilauan dan kepedihan yang kami tanggungi ini.Seepas lebih kurang 3 bulan kami kehilangan Guru besar yang amat kami sayangi,Tuan Hj.Che Zaudin Ismail yang telah bersara pada awal mac 2011 baru-baru ini.Apa pun kami terpaksa akur kerana sudah menjadi lumrah..."Tiap yang mula akan berakhir dan tiap pertemuan itu pasti jua berakhir dengan perpisahan..." Namun,jauh di sudut hati kami,kami amat meratapi kehilangan tokoh-tokoh pemimpin yang berjiwa rakyat dan berdedikasi serta cakna murid ini.Apapun harapan kami semua...semoga yang patah itu akan tumbuh,dan yang tumbuh itu akan lebih subur daripada yang telah patah.
          

                               Puan Kamariah sewaktu memberi ucapannya kepoada guru-guru skkk2
          Seterusnya majlis diteruskan dengan perhimpunan murid di tapak perhimpunan bagi mendengar ucapan perpisahan daripada Puan Kamariah.memandangkan hujan turun dengan renyai-renyai,majlis terpaksa dipindahkan lokasinya di kantin sekolah.Diteruskan dengan ucapan Penolong Kanan Pentadbiran yang menyatakan kesayuannya berpisah dengan Puan PK HEM dan juga melahirkan rasa bangganya terhadap prestasi kerja yang telah ditunjukkan oleh Puan PK HEM sepanjang beliau berada di sini.
        Puan PK HEM telah menerima pelbagai hadiah dan cendera hati daripada pihak sekolah termasuklah unit-unit Kokurikulum,Unit Kurikulum,unit HEM,mewakili pantia-panitia,Kelab Guru,hadiah perseorangan dan juga dari semua murid yang diwakili oleh ketua bagi setiap aliran,dari tahun 1 hingga tahun 6.Semuanya tampil menyampaikan hadiah bagi mewakili kelas masing-masing.Terimalah hadiah-hadiah dari kami ini seadanya.Anggaplah ianya sebagai sesuatu yang istimewa untuk dikenangkan dalam hidup Puan,kerana semua pemberian ini adalah lahir dari hati kami yang ikhlas dan sememangnya kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan Puan,sudah pasti tidak akan terbalas.hanya ini yang mampu kami berikan.
        Detik 11.00 pagi 2011 menyaksikan betapa Puan Kamariah sangat disayangi oleh para guru dan murid dengan perhimpunan murid dan kesudian mereka berbaris dalam barisan yang panjang,meskipun dalam rintik-rintik hujan.Langit seolah mengerti akan kepiluan di hati kami,cuaca yang mendung ini bagaikan simbolik terhadap beratnya hati kami melepaskan dikau pergi.....sambil bersalam-salaman dengan Puan Kamariah serta melambai-lambaikan tangan tanda perpisahan...
        Pemergian Puan Kamariah telah dihantar oleh romboongan dari Skkk2 sebanyak 6 buah kereta dan disambut dengan meriahnya di sana.Kami dihidangkan dengan juadah yang istimewa di sana.Terima kasih pihak Skkk2 ucapkan di atas layanan yang telah diberikan oleh pihak Sk.Peringat.semoga dengan pemergian mantan PK HEM kami ke sana akan menjadikannya sebagai jambatan persahabatan antara dua buah sekolah yang bernaung di bawah satu jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.       
  Kami seluruh warga Skkk2 sangat merasa kehilangan Puan.Ketahuilah berapa berat mata memandang,berat lagi bahu kami memikul dan menggalasi bebanan perpisahan ini.Doa kami semua,semoga Puan PK HEM terus menjalankan khidmat cemerlangnya di sekolah barunya.Beruntunglah Sk.Peringat yang bakal menerima kedatangan Pn.kamariah dalam organisasi sekolah mereka.Kepada Puan kamariah,jangan lupa  kami di sini dan sentiasalah menziarahi kami meskipun di alam maya atau siber."Selamat Menjalankan Tugas Dengan Penuh Dedikasi,Jadilahlah Pemimpin Yang Terbaik dan Jadikan Mantan GB( Tuan Hj.Che Zaudin Ismail) kita Sebagai Idola".......
                                Gelagat guru-guru sewaktu mendengar ucapan terakhir PK HEM di Bilik Wawasan

                                                               Hadiah drp Kelab Guru Skkk2
                                                                  Hadiah personal guru...drp Cikgu Hj.Aminudin
                                                                           Hadiah personal guru...Pn.Salmiah
                                                                                       Wakil Murid Tahun2
                                                                      Lambaian terakhir sebelum meninggalkan Skkk2
                                                    PKP mengiringi PK HEM ke kereta untuk dihantar ke Sk.peringat
                                  Dihidangkan dengan juadah yang menyelerakan....terima kasigh warga Sk.peringat

July 2, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan Dilaksanakan Dengan Jaya

Sk.Kubang kerian 2-Tanggal 2 Julai 2011-Sempena menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia  yang mengarahkan supaya diadakan larian sempena kempen "1 Murid 1 Sukan",telah sempurna diadakan.Walaupun ianya berjalan dalam suasana yg agak sederhana,namun cukup meriah dengan semangat yg membara di kalangan warga murid,guru,kakitangan dan juga jawatan kuasa PIBG sekolah.Semuanya bersatu hati dalam menjayakan program yg dianjurkan oleh Unit Ko kurikulum yang dikepalai oleh Puan PK Kokurikulum Skkk2,Pn.Hjh Wan Fatimah .
         Majlis dimulakan dengan gimik perasmian oleh Yang Dipertua PIBG Skkk2, YAB Nik Raisnan B. Hj. Daud.Beliau telah membentangkan banner larian dan menaikkan belon dengan diiringi oleh para pentadbir Skkk2.Acara ini telah mendapat tepukan yang gemuruh dari murid-murid Skkk2 yang sememangnya sentiasa menantikan acara-acara sukan sebegini.
          Selepas membentangkan banner dan menaikkan belon,acara panaskan badan telah dilakukan secara beramai-ramai oleh guru-guru,AJK PIBG,kakitangan dan murid-murid Skkk2.Larian dimulakan jam 9.00 pagi dengan pelepasan oleh YDP  Skkk2.Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua UMNO bahagian Kubang Kerian,Dato'Shafii,mantan Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan.
            Jutaan Terima Kasih diucapkan buat  seluruh warga sekolah yang terdiri daripada semua murid, guru-guru,staf sokongan ,AJK PIBG,para ibubapa yang telah menjayakan 'larian serentak 1 murid, 1 sukan, 1 Malayisa' dengan meriahnya. Semoga aktiviti-aktiviti sebegini akan diteryuskan lagi pada masa-masa akan datang dan sya sudahi tinta ini dengan ucapan:"Majulah sukan untuk Negara"

                                       Acara perasmian 1Murid 1 Sukan oleh Yang Dipertua PIBG Skkk2
                                Terbentangnya banner dan naiknya belon,menandakan rasminya Majlis 1 Murid 1Sukan
                                                                            Doa pembuka majlis oleh Ustaz Azman  
Ucapan YDP PIBG Skkk2 membakar semangat murid-murid...  
Khusyuk mendengar ucapan dan kata-kata perangsang.... 

CARIAN

Sorotan Sejarah Skkk2

SKKK 2 telah ditubuhkan pada tahun 1988. Ia terletak di Kampung Chicha Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Jaraknya lebih kurang 8km dari Bandar Kota Bharu. Sekolah ini telah dibina di atas tapak sawah padi seluas 1.62 hektar dan mempunyai 2 blok bangunan asal yang dikelilingi pokok kelapa ayng ditanam oleh guru besar. Sejak penubuhannya sehinga kini, sekolah ini mempunyai 10 orang guru besar. Buru besar yang pertama iaitu Hj Ariffin bin Ismail mula berkhidmat pada 1 Januaru 1988 sehinggan 31 Disember 1988. Guru besar pertama dipindahkan dari SK Zainab, Telipot Kota Bharu. Tertubuhnya sekolah ini disebabkan oleh penambahan penduduk di sekitar Kubang Kerian. Pada tahun pertama penubuhannya, murid-murid SKKK 1 yang beralamat di sekitar Kg Chicha telah dipindahkan ke SKKK 2 dan ditambah dengan pendaftaran baru pada tahun tersebut. Murid-murid yang telah diipindahkan dari SKKK 1 adalah mereka yang beralamat di sekitar Kg Chicha seperti Kg Pasir Tumbuh, Kg Binjai, Pulau Hilir dan lain-lain. Pada tahun pertama penubuhanya, hanya 310 orang murid menduduki tahun 1 hingga 6 dan purata bagi setiap kelas ialah 20 orang. Manakala guru pula lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada mereka yang telah dipindahkan dari sekolah sekitarnya. Pada tahun 1988, sekolah ini telah manduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan yang agak memberansangkan dengan 8 orang murid mendapat 5A.

Kem Kepmpinan Skkk2 @Sri Pantai Beach Resort

Kem Kpmpinan Sri Pantai@1&2Feb 2012 Slideshow: Skkk2’s trip to Kota Bharu, Kelantan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kota Bharu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Album Kenangan

PENAFIAN