March 31, 2010

UJIAN PERMATAPINTAR UKM1 KINI BERMULA

Makluman kepada semua ibubapa penjaga. Ujian PERMATApintar UKM1 telah bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.
1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).
Harapan pihak sekolah agar semua ibubapa mempastikan anak-anak anda menyertai ujian ini.
Bagi yang ingin menyertai ujian ini para ibubapa boleh melayari http://www.permatapintar.edu.my/ dan untuk maklumat lebih lanjut sila muatturun "Bagaimana hendak menduduki Ujian PERMATApintar UKM1" disini.

March 28, 2010

Kempen 1 Malaysia Membanteras Dadah


Kempen 1 Malaysia Membanteras Dadah telah secara rasminya dilancarkan oleh Tuan Guru Besar serentak dengan Majlis Pelancaran Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah 2010 di tapak perhimpunan sekolah.

Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah 2010

Ucapan perasmian oleh Guru Besar Tn Hj Che Zauddin Bin Che Ismail
Adik Syafeeza sedang bercerita

Puan Midah sedang memberi penjelasan tentang NILAM kepada murid

Poster Kempen bertemakan "Semarakkan Nilam Martabatkan Bahasa"

Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah 2010 telah diadakan pada hari ini di tapak perhimpunan sekolah bagi memberi kesedaran kepada murid betapa pentingnya membaca kepada mereka.

March 23, 2010

Pelancaran Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Sekolah Sempena Hari Antidadah Kebangsaan Tahun 2010


Murid sedang tekun melukis poster

Aktiviti mengarang dengan tema "1Malaysia Membanteras Dadah" yang dijalankan di sepanjang minggu ini

Pelancaran Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Sekolah Sempena Hari Antidadah Kebangsaan Tahun 2010 diadakan minggu ini bagi meningkatkan kesedaran bahaya dadah di kalangan murid-murid sekolah ke arah "Negara Bebas Dadah Tahun 2015".
Tema sambutan Hari Antidadah Kebangsaan pada tahun ini ialah "1Malaysia Membanteras Dadah"

March 17, 2010

Perkongsian Ilmu GPB/GPICT Siri 2

Antara peserta yang hadir
Peserta sedang tekun mendengar

Perkongsian Ilmu GPB/GPICT telah diadakan di Makmal Komputer SKKK2 dengan jayanya. Setiap peserta yang hadir telah mencurahkan ilmu ICT dengan berkongsi-kongsi ilmu dengan peserta-peserta lainnya. Banyak pengetahuan baru telah diperolehi terutamanya penggunaan ZOHO oleh Cikgu Zuhari B.Mohamed dan Adobe Photoshop oleh Cikgu Wan Ramlah Bt.Daud dari Sk.Kubang Kerian 1.Terima kasih juga atas sumbangan ilmu oleh Muharowang (Cikgu Ropi Beris Panchor), Shakh Khairi dari Padang Mokan, Cikgu Zaidi SK Kbg Kerian 3, Cikgu Tengku Norsilawaty dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ilmu ini.

Majlis ilmu ini diadakan secara cukup santai dan peserta mengikutinya pun dengan penuh relaks dan santai.Walaupun pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidah dapat menyediakan badget makan minum peserta,namun berkat kerjasama yang padu daripada Guru Penyelaras Bestari,majlis ini terus berjalan dalam suasa yang cukup harmoni dan jelas mambayangkan betapa tingginya komitmen yang ditunjukkan oleh mereka dalam perkongsian ilmu ini.
Perkongsian Ilmu GPB/GPICT Siri ke 2 ini diadakan lanjutan drp siri perkongsian pertama yang diadakan di Sk.kubang Kerian 1 pada bulan Oktober 2009 lepas. Perkongsian Ilmu GPB/GPICT untuk siri-siri seterusnya akan diadakan pula di sekolah-sekolah lain pula mengikut permintaan ahli-ahli.Semoga perkongsian ini akan diteruskan lagi pada masa-masa mendatang.Semoga dunia pendidikan akan terus diwarnai dengan elemen-elemen ICT yang akan menceriakan dan mempertingkatkan proses P&P dalam merealisasikan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

March 10, 2010

Acara larian merentas desa SK Kubang Kerian 2

Pelepasan murid bermula
Antara murid-murid yang membuat senamrobik
Cikgu Norhayati sedang mengendalikan senamrobik

Kubang Kerian,10 March 2010- Acara larian merentas desa SK Kubang Kerian 2 yang merupakan acara tetap yang ada di dalam kalendar aktiviti sekolah telah diadakan pada pagi ini. Menurut guru besar SK Kubang Kerian 2, Tn Hj Che Zaudin Che Ismail, dengan bermatlamatkan untuk meningkatkan tahap fizikal dan mental murid dalam menghadapi cabaran, pihak pengurusan sekolah telah berusaha sedaya-upaya bagi mempastikan acara ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Acara pagi ini dimulakan dengan acara senamrobik sebagai acara 'pemanas badan' yang mana telah dikendalikan oleh Cikgu Norhayati dan disertai oleh murid-murid dan juga guru-guru. Acara ini berjalan dalam suasana yang cukup hidup dan meriangkan.
Seterusnya murid-murid dilepaskan mengikut kategori masing-masing dengan mengikut laluan yang telah ditetapkan di sekitar Kampung Chicha. Acara tahunan ini akan sentiasa menjadi kenangan dan ingatan yang indah dalam setiap sanubari murid-murid dan guru-guru SK Kubang Kerian 2.

March 9, 2010

Sambutan Maulidurrasul 1431 Hijrah SK Kubang Kerian 2

Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru dalam menyiapkan gulai kawah amatlah boleh dipuji.
Ketua Gulai Cikgu Norhasni sedang membaca mentera supaya gulai menjadi lebih sedap!!

"Kaki kacau" serius dalam tugasnya

Guru Besar sedang berarak bersama murid-murid

Kelihatan Tuan Guru Besar Tn Hj Che Zaudin Bin Che Ismail dan PK Pentadbiran Tn Hj Mohd Zin b Hussin serta barisan guru-guru bersama murid-murid sedang bersedia untuk memulakan perarakan

Kubang Kerian,09 March 2010- Sempena bulan kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW, Sk Kubang Kerian 2 telah mengadakan sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah dalam suasana yang penuh warna-warni dimana murid-murid sekolah yang berpakaian indah berarak dengan penuh disiplin sambil mengalunkan selawat terhadap junjungan kita dengan penuh bersemangat.
Majlis dimulakan seawal 7.45 pagi dengan perbarisan murid-murid diiringi dengan kalimah suci "Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Perarakan ini dikepalai oleh Ustaz Muhamad Zaki bersama barisan pentadbir sekolah,Tuan Guru Besar dan Pk Ko,diikuti oleh murid-murid Tahun 1,Tahun 2,tahun 3,Tahun 4,Tahun 5 dan Tahun 6 dengan diiringi oleh guru-guru yang mengawasi perarakan pada hari ini. Perarakan ini bermula dari tapak perhimpunan sekolah seterusnya keluar melalui jalanraya sekitar kawasan perumahan Taman Makmur dan kembali semula ke tapak perhimpunan.
Disamping perarakan, sekumpulan guru-guru lain juga terlibat dengan aktiviti menyiapkan hidangan "gulai kawah" yang mana diketuai oleh Cikgu Norhasni. Semua warga sekolah akan dapat menjamu selera sebaik sahaja majlis selesai.
Majlis hari ini memancarkan semangat kerjasama yang begitu tinggi dikalangan guru dan kakitangan sekolah dan dapat diterjemahkan dengan kemeriahan majlis yang diadakan.

March 8, 2010

Kursus Profesionalisme Guru-Guru ERT Negeri Kelantan 2010



Antara peserta-peserta yang hadir

Encik Zamri dari JPN sedang memberi tunjukcara menggunakan aplikasi ICT kepada seorang peserta

Puan Zuriah sedang memberi input kepada peserta Guru-guru ERT Kelantan



Kursus Profesionalisme Guru-Guru ERT Negeri Kelantan 2010 telah diadakan di Makmal Komputer SKKK2 pada hari ini.

March 7, 2010

Watikah pelantikan pengawas, pengawas perpustakaan, pembimbing rakan sebaya, ketua dan penolong ketua kelas.

Watikah pelantikan pengawas, pengawas perpustakaan, pembimbing rakan sebaya, ketua dan penolong ketua kelas telah selamat diadakan pada hari ini di dewan SKKK2 dengan di rasmikan oleh Chief Inspektor Azhar b. Mohamad (Ketua Balai Kubang Kerian)

March 3, 2010

Keputusan Peperiksaan UBB Februari Untuk Tahun 2 - Tahun 5

Para ibubapa penjaga yang ingin melihat keputusan peperiksaan anak masing-masing boleh memuatturun keputusan tersebut mengikut kelas anak masing-masing dibawah.
5 Terbilang
5 Gemilang
5 Cemerlang
5 Sinaran
5 Harapan
4 Terbilang
4 Gemilang
4 Cemerlang
4 Sinaran
3 Terbilang
3 Gemilang
3 Cemerlang
3 Sinaran
2 Terbilang
2 Gemilang
2 Cemerlang
2 Sinaran
Nota**: Sekiranya terdapat percanggahan fakta maka kad kemajuan murid dikira terpakai.

CARIAN

Sorotan Sejarah Skkk2

SKKK 2 telah ditubuhkan pada tahun 1988. Ia terletak di Kampung Chicha Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Jaraknya lebih kurang 8km dari Bandar Kota Bharu. Sekolah ini telah dibina di atas tapak sawah padi seluas 1.62 hektar dan mempunyai 2 blok bangunan asal yang dikelilingi pokok kelapa ayng ditanam oleh guru besar. Sejak penubuhannya sehinga kini, sekolah ini mempunyai 10 orang guru besar. Buru besar yang pertama iaitu Hj Ariffin bin Ismail mula berkhidmat pada 1 Januaru 1988 sehinggan 31 Disember 1988. Guru besar pertama dipindahkan dari SK Zainab, Telipot Kota Bharu. Tertubuhnya sekolah ini disebabkan oleh penambahan penduduk di sekitar Kubang Kerian. Pada tahun pertama penubuhannya, murid-murid SKKK 1 yang beralamat di sekitar Kg Chicha telah dipindahkan ke SKKK 2 dan ditambah dengan pendaftaran baru pada tahun tersebut. Murid-murid yang telah diipindahkan dari SKKK 1 adalah mereka yang beralamat di sekitar Kg Chicha seperti Kg Pasir Tumbuh, Kg Binjai, Pulau Hilir dan lain-lain. Pada tahun pertama penubuhanya, hanya 310 orang murid menduduki tahun 1 hingga 6 dan purata bagi setiap kelas ialah 20 orang. Manakala guru pula lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada mereka yang telah dipindahkan dari sekolah sekitarnya. Pada tahun 1988, sekolah ini telah manduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan yang agak memberansangkan dengan 8 orang murid mendapat 5A.

Kem Kepmpinan Skkk2 @Sri Pantai Beach Resort

Kem Kpmpinan Sri Pantai@1&2Feb 2012 Slideshow: Skkk2’s trip to Kota Bharu, Kelantan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kota Bharu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Album Kenangan

PENAFIAN