May 18, 2011

Sekitar majlis Dialog UPSR Dan Motivasi Keibubapaan

Skkk2,18 Mei 2011-satu Majlis Dialog UPSR Dan Motivasi Keibubapaan telah diadakan di Dewan harmoni dengan dihadiri oleh lebih kurang 150 orang ibubapa dan 168 orang calon UPSR.majlis berjalan seperti yang dirancang.Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zaki,diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar,En.Ismail B.Ibrahim.Dalam ucapannya,Tuan Guru Besar telah mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan oleh para ibubapa dalam menjayakan program yang telah dianjurkan oleh pihak pengurusan sekolah.
      Tuan Guru Besar turut membentangkan keputusan UBB2 yang baru saja dilalui oleh calon-calon UPSR.Beliau juga telah membentangkan program yang dirancang khas oleh Unit Kecemerlangan Akademk Skkk2,yang telah,sedang dan akan dijalankan oleh pihak sekolah.
      Seterusnya,majlis dikendalikan oleh motivator tersohor,Puan Noor hayati Yaacob dari Sk.Seri Melor.dalam slot motivasi yang dikendalikan oleh Puan Nor hayati ini,menampakkan kesan yang mendalam di jiwa anak-anak dan juga para ibubapa.Slide show yang dibentangkan oleh puan Nor hayati amat menarik sekali.saya suka memetik kata-kata Puan Nor Hayati "Insan yang berjaya adalah insan biasa yang berusaha luar biasa".
       Seterusnya,majlis diteruskan lagi dengan Ikrar-akujanji UPSR.Murid-murid berikrar di saksikan oleh para ibubapa masing-masing untuk belajar bersungguh-sungguh demi mancapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti.Sebelum menutup tirai majlis,Sesi  Dialog UPSR di kelas telah diadakan di kelas-kelas Tahun 6.Di sini,ibubapa telah diberi peluang untuk berdialog dengan guru-guru Kelas tahun 6.Mereka telah diberi peluang untuk bertanya tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak masing-masing juga cadangan-cadangan yang membina boleh diutarakan kepada guru-guru yang mengajar anak-anak mereka.Sebagai pembasah tekak dan penghilang haus,para ibubapa dan murid-murid Tahun 6 telah dijamu dengan sedikit juadah.Semoga majlis-majlis perjumpaan para ibubapa dan murid-murid tahun 6 akan dapat diteruskan lagi bagi siri-siri seterusnya dengan jayanya....
 "Bersama kita semarakkan dunia pendidikan dengan penuh keazaman,kerana dengan keazaman yg tinggi disertai dengan usaha yang gigih,dapat membantu anak-anak kita mengorak langkah ke arah kecemerlangan akademik dan akhlak"

                Ucapan Tuan Guru Besar Skkk2 serta pembentangan keputusan UBB2 dan program UPSR 
            PK HEM,Cikgu Roslan dan Cikgu Zaini ( Kaunselor Skkk2) khusyuk mendengar ceramah...     
sesi dialog ibubapa-guru mengikut kelas tahun 6

Majlis Dialog UPSR Dan Motivasi Keibubapaan

Satu majlis Dialog UPSR Dan Motivasi Keibubapaan akan diadakan pada tarikh dan masa seperti di bawah:
Tarikh:    18 Mei 2011
Masa      : 2.00 - 5.30 petang
Tempat   : Dewan Harmoni

Atucara Majlis:
2.00 - 2.30 petang - pendaftaran ibubapa murid Tahun 6
2.30 petang - Majlis bermula
                     * bacaan doa
                     * Ucapan dan taklimat Tuan Guru Besar
                     * Ucapan YDP PIBG
3.00 petang - Ceramah Motivasi
4.40 petang - Ikrar-akujanji UPSR
4.40 petang - Dialog UPSR di kelas
5.20 petang - jamuan ringan

Dijemput semua murid Tahun 6 hadir bersama ibu atau bapa atau penjaga masing-masing.Semua guru juga dimestikan hadir.Jika ada sebarang masalah,sila rujuk Penolong Kanan Pentadbiran.Harap Maklum.

May 17, 2011

Selamat Hari Guru

16 MEI, 2011 - Sempena Hari Guru pada hari ini ucapan Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru-guru SKKK 2 khasnya dan semua insan yang bergelar guru walau di mana sahaja berada, dengan ucapan keramat "Terima Kasih Cikgu".....Tema sambutan hari guru pada tahun ini ialah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"...Dengan tema tersebut,maka jelaslah menunjukkan kepada kita bahawa tugas dan peranan guru amat besar dalam mendidik dan sumber ilmu kepada murid-murid tak kira dalam arus pembangunan yang macammana sekalipun.Guru sentiasa menjadi transformasi ke arah pendidikan bertaraf dunia.Mudah-mudahan  tema tersebut menambahkan semagat juang di hati dan jiwa para guru di SKKK2 khasnya dan semua guru-guru di Malaysia amnya......
        Sambutan hari guru pada tahun ini,walaupub sederhana,namun ianya berjalan dengan cukup meriah.Seawal pagi,murid-murid dan guru-guru telah berkumpul di tapak perhimpunan.PK Ko dan setiausaha Ko kurikulum,Cikgu Noor Asmadi telah membahagikan guru dan murid mengikut kelompok.Guru-guru lelaki dan wanita masing-masing mengikuti acara padang mengikut pasukan yang telah ditetapkan.Permainan yang dipertandingkan pada hari ini ialah bola jaring dan sepak takraw.
        Acara dewan pula telah dimulakan dengan bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Tuan Guru Besar,manakala perutusan Ketua Menteri Pelajaran pula telah disampaikan oleh Puan Penolong Kanan HEM.Acara diteruskan  lagi dengan nyanyian "Guru Malaysia" oleh semua guru Skkk2.Acatra ringkas dewan juga telah diadakan.Jam 12.30 tengah hari para guru telah menikmati juadah yang disediakan oleh pihak pentadbir sekolah.Semoga dengan sambutan ini,para guru akan merasakan bahawa  jasa dan budi mereka telah dihargai."Terima Kasih Cikgu"Jasamu dikenang.....
                                 Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia...oleh Tuan Guru Besar Skkk2
                                                    Nyanyian Guru Malysia Skkk2
                                             Khusyuk mengaminkan doa
                                       Perlawanan bola jaring oleh guru-guru wanita
                                                Perlawanan sepak takraw oleh guru-guru lelaki
                                              "Boleh pandang-pandang...jangan pegang-pegang...." 
                       Setelah penat beraktiviti....sedia untuk menjamah juadah...para pentadbir Skkk2   

May 9, 2011

Program Motivasi Tahun 6

Tanggal 9 Mei 2011,satu program motivasi bagi murid-murid Tahun 6 telah diadakan di Dewan Harmoni.Program ini dianjur oleh Unit Kaunseling Skkk2 dengan kerjasama Unit Kecemerlangan Akademik Skkk2.
      Antara pengisian program ini ialah: Murid-murid telah didedahkan dengan pengurusan masa dalam kehidupan seharian mereka.bagaimana mereka mengurus masa dengan bijak,antara belajar,brsukan,bermain dan sebagainya.Tahniah diucapkan kepada Guru Kaunseling Skkk1,En.Mohd Zaini B. Zakaria,Puan Nor Hasni Ismail,Puan Norhjayati Mohd Nawi,jua kepada juruteknik,En.Faizul Afzan yang sentiasa bertungkus lumus membantu tiap program yang dijalankan di Skkk2 ini.Semoga dengan kerjasama yang padu daripada semua pihak akan meningkatkan modal insan di kalangan murid-murid Skkk2.
En.mohd Zaini dalam slot motivasinya....
murid-murid tahun 6 dalam sesi motivasi
beraktiviti.....

Program Kempen Pencegahan Denggi

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 9 mei 2011,satu kempen "Pencegahan Denggi" telah diadakan di dewan Harmoni yang dsisertai oleh  semua murid Sk.kubang Kerian 2.Program ini telah dijayakan oleh Dr.Mohd Zahirudin B. Mohamad dari Hospital Universiti Kubang Kerian.Dalam ceramah tersebut beliau telah memberi pendedahan tentang cara-cara mengenali nyamuk pembawa denggi,simpton-simpton pengidap denggi,dan juga cara-cara mengelakkan daripada diserang penyakit ini.
   Tuan Guru Besar berharap, dengan kempen ini,akan memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada murid-murid dan guru-guru di sini supaya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak diserang demam denggi yang setakat ini belum dijumpai ubatnya....
slide show oleh Dr.Mohd Zahirudin...
Dr.Mohd Zahirudin...dalam sesi ceramahnya....
simpton denggi....
kawasan risiko denggi....
tiada ubat khusus!!!!

Program Penyerahan Anak Angkat

Tanggal 8 Mei 2011-satu "Program Penyerahan Anak Angkat"telah berlangsung di Dewan Harmoni Skkk2.Setiap orang guru telah diberikan 3 hingga 4 orang anak-anak angkat,bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan dua hala antara guru dengan murid-murid.Dengan cara begini,anak-anak angkat kepada guru-guru yang telah ditetapkan ini akan berpeluang untuk menyatakan masalah mereka,sama ada daripada segi pembelajaran maupun daripada segi masalah-masalah lain.semoga dengan program sebegini,murid-murid dapat ditolongi oleh guru-guru yang merupakan ibubapa angkat mereka.
PKP bersama anak-anak angkatnya...
anak angkat PK HEM
PK Ko bersama anak-anak angkatnya...
Puan Rosmaizam bersama anak2 angkatnya..
anak  angkat Pn.Zairos....

May 8, 2011

Program Kreatif Stabilo

8 Mei 2011- Satu program Kreatif telah diadakan di Dewan Harmoni.Prrogram ini merupakan satu program Syarikat Stabilo Malaysia Berhad yang  telah diadakan bagi mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid seawal sekolah rendah lagi.Murid-murid telah diberi pensel stabilo percuma di samping menjalani sesi ujian kreativiti.


Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 8 Mei 2011,satu Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda telah disempurnakan di Dewan Harmoni Skkk2.Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar,Encik Ismail B.Ibrahim.En.Ismail terlebih dahulu mengucapkan tahniah di atas pelantikan para pemimpin kecil yang terdiri daripada Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Briged ICT,Pembimbing Rakan Sebaya,Ketua-ketua Darjah dan Penolong-penolong Ketua Darjah.Seramai 286 orang pemimpin kecil yang terlibat dalam Majlis ini.
  CIF Inspektor Azhar telah dijemput khas bagi merasmikan majlis,sekaligus menyempurnakan majlis yang serba sederhana tapi meriah ini.CIF telah menyatakan rasa bangganya terhadap anak-anak yang telah dippilih ini dan telah memmberikan motivasi serta dorongan semangat agar para pemimpin cili ini terus bertugas dan memikul tanggungjawab dengan penuh dedikasi."Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang terpilih menjadi pemimpin dan terima kasih diucapkan kepada CIF Inspektor Azhar di atas kesudian menyempurnakan majlis  pada hari ini".
Tuan Guru Besar sedang memberi ucapan.
 penyerahan watikah....


ikrar...bahawasanya kami...para pemimpin SKKK2 berjanji......   
barisan pemimpin Skkk2 bersama CIF Inspektor Azhar
selamat bertugas......


CARIAN

Sorotan Sejarah Skkk2

SKKK 2 telah ditubuhkan pada tahun 1988. Ia terletak di Kampung Chicha Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Jaraknya lebih kurang 8km dari Bandar Kota Bharu. Sekolah ini telah dibina di atas tapak sawah padi seluas 1.62 hektar dan mempunyai 2 blok bangunan asal yang dikelilingi pokok kelapa ayng ditanam oleh guru besar. Sejak penubuhannya sehinga kini, sekolah ini mempunyai 10 orang guru besar. Buru besar yang pertama iaitu Hj Ariffin bin Ismail mula berkhidmat pada 1 Januaru 1988 sehinggan 31 Disember 1988. Guru besar pertama dipindahkan dari SK Zainab, Telipot Kota Bharu. Tertubuhnya sekolah ini disebabkan oleh penambahan penduduk di sekitar Kubang Kerian. Pada tahun pertama penubuhannya, murid-murid SKKK 1 yang beralamat di sekitar Kg Chicha telah dipindahkan ke SKKK 2 dan ditambah dengan pendaftaran baru pada tahun tersebut. Murid-murid yang telah diipindahkan dari SKKK 1 adalah mereka yang beralamat di sekitar Kg Chicha seperti Kg Pasir Tumbuh, Kg Binjai, Pulau Hilir dan lain-lain. Pada tahun pertama penubuhanya, hanya 310 orang murid menduduki tahun 1 hingga 6 dan purata bagi setiap kelas ialah 20 orang. Manakala guru pula lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada mereka yang telah dipindahkan dari sekolah sekitarnya. Pada tahun 1988, sekolah ini telah manduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan yang agak memberansangkan dengan 8 orang murid mendapat 5A.

Kem Kepmpinan Skkk2 @Sri Pantai Beach Resort

Kem Kpmpinan Sri Pantai@1&2Feb 2012 Slideshow: Skkk2’s trip to Kota Bharu, Kelantan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kota Bharu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Album Kenangan

PENAFIAN