September 25, 2011

Salam Perpisahan &Tahniah

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan

Tanggal 21 September 2011,Sk Kubang Kerian 2 mengucapkan sekalung tahniah di atas pelantikan Puan Norhasni Bt.Ismail sebagai Pk Ko Kurikulum di Sk Gong Dermin.Di sebalik ucapan tahniah,terselit rasa terkilan dan kepiluan yang teramat di hati warga Skkk2,memandangkan Puan Norhasni adalah salah seorang guru yang dedekasi dan beliau telah banyak memberi sumbangan terhadap Skkk2.Perkhidmatan Puan Norhasni di sini sudah menjangkau 20 tahun dan selama beliau berada di sini,telah banyak jasa dan bakti yang telah ditaburkan ke atas sekolah ini khususnya dalam "Menggemilangkan Akademik" Skkk2 dan beliau merupakan salah seorang dari tulang belakang Skkk2.Tanpa beliau,maka Skkk2 benar-benar kehilangan insan guru yang sangat berdedekasi dan kreatif .
  Satu majlis khas telah diadakan bagi meraikan kenaikan pangkat Puan Norhasni sekaligus sebagai jamuan perpisahan telah diadakan di Skkk2.Puan Norhasni telah diberi peluang untuk berucap di hadapan murid-murid,sebelum beliau melangkah meninggalkan Skkk2.
      Puan Norhasni dihantar ke Sk.Gong Dermin oleh guru-guru Sk.Kubang Kerian 2 sebanyak 7 buah kereta dengan membawa 5 buah par dan dibalas dengan 5 buah par dari Sk.Gong Dermin.Rombongan dari Sk.Kubang Kerian 2 dijamu dengan makan tengah hari sebagai meraikan tetamu yang datang.terima kasih di atas jamuan yang istimewa ini.
      Kepada Cikgu Norhasni,pesan kami semua " Bila burung terbang ke sarang,ceriterakanlah khabar yang baik-baik tentang sarang lama,tutuplah segala keaiban...."   Sesungguhnya jasa dan bakti Puan Norhasni akan tetap dikenang oleh warga Skkk2.Meskipun kita terpisah,namun hati kita masih tetap bersatu dalam tautan ukhwah Islamiah yang pastinya tiada penghujungnya....Semoga Cikgu Norhasni tetap menabur jasa dan bakti di sekolah baru dan jangan sekali-kali melupakan kami di sini....
                                               Hadiah kenang-kenangan drp warga Skkk2
Terimalah ianya dengan seikhlas hati
Gb mewakili warga Skkk2...turut menyampaikan hadiah kepada Cikgu Norhasni
hadiah drp JQAF
Penyerahan tugas
par...sebanyak 5 buah par
salam perpisahan dari kami semua...................




Sambutan Merdeka Meriah

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 18 Sptember 2011,Satu majlis " Sambutan Kemerdekaan " telah diadakan di Skkk2.Dimulakan dengan perhimpunan dan nyayian lagu Negaraku,Selamat Sultan dan lagu sekolah,diikuti dengan perutusan  kemerdekaan oleh Tuan Guru Besar Skkk2,encik Ismail B.Ibrahim.Selepas perutusan dibaca,gguru-guru dan murid-murid Skkk2 mengibarkan jalur gem,ilang bersama sambil menyanyikan lagu "Tanggal 31" dan "Jalur Gemilang".
           Selepas selesai  perhimpunan,murid-murid telah  masuk ke kelas masing-masing dan telah mengikuti aktiviti "Peraduan Mewarna Merdeka".Selesai sahaja acara peraduan mewarna ini,murid-murid dibenarkan rehat.   
          Acara dewan dimulakan jam 10.15 pagi dengan tayangan perdana cerita sejarah " Bukit Kepung".selepas itu murid-murid sekali lagi telah menyanyi beramai-ramai lagu "saya Anak Malaysia".Murid-murid Skkk2 dan semua guru telah menikmati sedikit juadah sempena hari merdeka tersebut.


September 13, 2011

Hari Pertama UPSR Sesi 2011

"Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan"...Tanggal 13 September 2011 bermulalah detik bersejarah dalam diari hidup calon-calon UPSR 2011.Pada hari ini,semua anak-anak Skkk2 dengan sepenuh usaha dan kudrat yang ada mencurahkan segala ilmu yang telah dititipkan kepada mereka sepanjang tahun ini bagi meraih kejayaan yang cemerlang ....Segala persiapan dan bekalan telah dibawa...Oleh itu,anda semua haruslah bersemangat dan jangan gentar menghadapi perjuan ini.Tempuhilahi dengan hati yang tenang dan semangat yang waja.Ingat satu pesan daripada Tuan Guru Besar:.." Jawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan tenang dan jangan gopoh,jika telah siap,sila semak jawapan anda terlebih dahulu.Jika kedapatan soalan yang sukar,jawablah soalan-soalan yang senang terlebih dahulu...jangan masa yang lama untuk menjawab soalan-soalan yang agak sukar,sebaliknya jawablah soalan-soalan yang senang terlebih dahulu,kemudian beralihlah ke soalan-soalan yang belum dijawab tadi.".."Selamat Menjawab Soalan-soalan Yang Dikemukakan Dengan hati Yang Tenang Dan Seterusnya...Tawakallah kepada Allah SWT"....
Pesanan terakhir...daripada guru-guru Tahun 6 sebelum memasuki dewan peperiksaan...
Cikgu Noor Hasni sedang memberi pesanan akhir...
Tenang...penuh yakin
langkah yang penuh dengan keyakinan...
langkah menuju kejayaan...
detik-detik yang mendebarkan.....
Debaran UPSR...

September 8, 2011

Majlis Restu Ilmu UPSR

Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 08 September 2011,satu Majlis  Restu Ilmu UPSR telah dilaksanakan dalam suasana yang harmoni,memandangkan cuaca di pagi ini agak sejuk dan bening.Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Halim B.Hj.Razali,diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar,Encik Ismail.Tuan Guru Besar berpesan kepada murid-murid agar menjaga kesihatan diri masing-masing di saat-saat akhir ini kerana kesihatan amat penting bagi calon-calon UPSR.Jika mereka didapati kurang sihat,maka segeralah mendapatkan rawatan yang sepatutnya.Beliau sangat-sangat berharap agar calon-calon UPSR dapat menghadapi peperiksaan dalam suasana yang tenang dan harmoni serta tidak ada seorang pun yang tidak berjaya memasuki peperiksaan nanti.Doa restu daru Guru Besar dan guru-guru Skkk2,semoga bakal calon UPSR pada tahun ini tidak menghadapi sebarang rintangan dalam menghadapi saat-saat yang ditunggu-tunggu selama ini.
         Dalam majlis ini juga pelajar-pelajar yang memperolihi kejayaan yang cemerlang dalam Peperiksaan percubaan baru-baru ini telah diberi hadiah insentif oleh Tuan Guru Besar.Senarai mereka yang memperolihi kejayaan cemerlang adalah seperti di bawah:
* 5A - 41 orang
* 4A - 14 orang
* 3A - 16 orang
* 2A - 10 orang
* 1A - 21 orang
Peratus kelulusan adalah sebanyak 73.81%.

Semoga prestasi bakal calon UPSR dapat dilonjakkan lagi dalam peperiksaan sebenar nanti atau paling tidak dapat mengekalkan memontem ini.
         Majlis penyerahan dan restu ilmu telah tiba ke kemuncaknya dengan acara memohon restu daripada semua guru yang ada di Skkk2.Murid-murid bergerak di dalam barisan,bersalam-salaman dengan guru sambil memohon kemaafan dan halalkan segala ilmu yang telah diajarkan atau diperturunkan kepada mereka."Kami semua guru di Skkk2 sentiasa merestuai dan menghalalkan apa-apa jua ilmu yang telah kami ajarkan buat murid-murid semua dan gunakanlah ianya sebaik mungkin di dalam peperiksaan nanti.Hadiahkan kami sebuah kejayaan yang cemerlang.Tiada apa yang kami pinta dari kamu semua...melainkan sebuah kejayaan.Kejayaan yang kamu gapai adalah hadiah yang tidak ternilai buat kami....Teruskan perjuangan dan hadapilah peperiksaan nanti dengan penuh ketenangan...Kami semua sentiasa mendoakan kejayaan anda!!!"SELAMAT MAJU JAYA DAN BERILAH HADIAH SEBUAH KEJAYAAB BUAT IBUBAPA & GURU-GURU" 
Guru Besar,Encik Ismail B.Ibrahim sedang memberikan sepatah dua kata...sebagai pembuka majlis

Penyampaian hadiah-insentif oleh Tuan Guru Besar
Penyampaian hadiah insentif kepada murid-murid cemerlang...
mohon diizinkan dan dihalalkan segala ilmu...
mohon dihalalkan segala ilmu ......
Cikgu halalkan semuanya...selamat menempuh peperiksaan...buat yang terbaik...
sekolahku....satu harapan ......satu kejayaan

Majlis Solat Hajat Perdana & Ceramah Motivasi

 Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 07 September 2011, majlis solat hajat perdana telah berjaya disempurnakan sebagaimana yang telah dirancangkan meskipun hujan turun dengan agak lebat.Para ibubapa,murid-murid dan guru-guru Skkk2 berjaya menaikan solat magrib berjemaah,diikuti solat hajat, bacaan yasin dan seterusnya solat isyak berjemaah.Majlis tetap berjalan lancar meskipun butiran hujan turun agak kasar,membasahi bumi kerian yang damai ini.Kesemua fenomena tersebut tidajk menghalang perjalanan majlis pada malam ini.

         Majlis kemudiaanya disusuli dengan ceramah motivasi oleh Ustaz Abd Hadi B.Mat Junoh,Penyelia Pelajaran Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Kelantan.Beliau banyak menyuntik semangat dan motivasi ke arah menggerakkan bakal calon agar lebih bersemangat dan menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada dengan sebaik mungkin.Beliau juga banyak memberi perangsang dan kesedaran bahawa "Kejayaan di dalam peperiksaan ini adalah suatu harapan ibubapa dan juga pihak sekolah.Calon UPSR adalah merupakan lambang kejayaan sekolah dan ibubapa.Kejayaan anda dalam peperiksaan nanti akan dapat mengharumkan nama ibubapa dan juga sekolah".Di samping itu,Ustaz Abd Hadi berpesan agar semua calon UPSR akan sentiasa menjaga solat,akhlak,taat kepada dua ibubapa,guru-guru dan sentiasa berpegang kepada  suruhan Allah di dalam menjalani kehidupan seharian.Apalah gunanya kita berpendidikan tinggi sekiranya akhlak dan ketaatan kita kepada Maha Pencipta berada di tahap yang paling bawah.Untuk itu,marilah sama-sama kita mengejar kejayaan di dunia ini yang merupakan jejambat  bagi kita untuk  menuju ke alam yang baqa."Sama-sama kita berusaha untuk kejayaan di dunia dan akhirat......Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan Allah Azzawajalla." 
Tuan Guru Besar,Encik Ismail B.Ibrahim sedang memberi taklimat ringkas...
Ustaz Abd Hadi Mat Junoh dalam sesi ceramah motivasinya...
sesi ceramah motivasi...anak-anak bersama ibubapa...
beri perhatian penuh pada sesi ceramah motivasi....




Sesi "Anak bersama ibubapa".....
 Sedih dan syahdu ........menghayati isi kandungan ceramah

September 7, 2011

Solat Hajat Perdana

Sk.Kubang Kerian 2- 07 September 2011, Adalah dimaklumkan bahawa satu majlis solat hajat perdana akan diadakan seperti yang tertera di bawah:
Tarikh     : 07 September 2011
Masa      : 07 ptg hingga 9.30 malam
Tempat   : Dewan Harmoni Skkk2

Atucara Majlis 
 7.00 ptg - Ketibaan semua warga sekolah dan ibubapa bersama murid-murid Tahun  6
7.30 ptg - *Solat maghrib berjemaah
                * Solat Hajat UPSR
                * Bacaan Yasin
                * Solat isyak berjemaah
                * Solat Restu Ilmu Ibubapa oleh Ustaz Abd Hadi B.Mat Junoh
                   ( Penyelia Pelajaran Sektor Pendidikan Islam,JPN Kel. )
9.30 mlm - Persegaran di kantin Skkk2
---           - Bersurai

Diharap mendapat kerjasama daripada semua guru dan juga ibubapa para calon UPSR 2011.Semoga dengan doa yang kita panjatkan bersama akan menambahkan kkeberkatan dan dimakbulkan oleh Allah Azzawajalla....Amin!!!

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan

September 6, 2011

Selamat Menempuh UPSR 2011

Sk Kubang Kerian 2-Tuan Guru Besar,Encik Ismail B.Ibrahim,mewakili semua guru Skkk2 mengucapkan selamat menempuh UPSR buat semua bakal calon UPSR 2011.Semoga anda semua beroleh kejayaan yangg cemerlang dalam peperiksaan nanti...Lakukan yang terbaik.Kita sama-sama berusaha dan berikhtiar,selebihnya kita serahkan pada urusan Allah Azzawajalla. Semoga 5A milik anda semua....anda semua "BOLEH".
Jadual peperiksaan UPSR 2011. 


Sekolahku....Satu harapan ......Satu Kejayaan

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 6 September 2011,satu majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan secara sederhana.meskipun sederhana dan ringkas,namun ianya berjalan dalam suasana yang meriah dan penuh kegembiraan.
    Dimulakan seawal pagi dengan perhimpunan murid di Dewan Harmoni.Murid-murid mengambil tempat masing-masing dalam pakaian hari raya yang penuh warna-warni.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman B. Mohd Zain,diikuti dengan perutusan khas hari raya oleh Tuan Guru Besar,Encik Ismail B.Ibrahim.Dalam perutusannya,Tuan Guru Besar mewakili semua guru Skkk2 mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada semua murid Skkk2,sekali gus memohon kemaafan daripada guru-guru dan murid-murid Skkk2 sepanjang masa bersama.
     Majlis diserikan lagi dengan nyanyian lagu "raya" daripada murid-murid Tahun 3,4,5 dan prasekolah.Beberapa buah lagu raya telah didendangkan.Acara semakin meriah dengan celoteh yang mencuit hati daripada pengacara majlis pada hari ini daripada Pn.Asliza Bt.Hassan yang cukup menghiburkan.selain daripada persembahan murid,guru-guru JQAF juga turut menyumbangkan nanyian "Hari Raya" bersama pentadbir Skkk2 diikuti dengan murid-murid Tahap 1.
     Majlis sampai ke kemuncaknya dengan pengumuman pemenang ratu atau personaliti murid lelaki dan perempuan yang mewakili tahap 1 dan 2,lelaki dan perempuan yang berpakaian paling cantik dan mempunyai keterampilan yang menarik.Bagi murid Tahap 1 katoegori lelaki,Adik Md. Amir Iskandar bin Md.Syukri dari kelas 3C telah memenangi anugerah tersebut,manakala kategori perempuan pula telah dimenangi oleh Adik Fatin Elisa Masisarah dari kelas 2T. Bagi murid Tahap 2 pula,kategori lelaki dimenangi oleh Adik Alif Ikmal bin Hussin dari kelas 4G,manakala kategori perempuan pula telah dimenangi oleh Adik Fadhilah dari kelas 5G.Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan bagi mereka yang tidak terpilih,bukanlah bererti anda semua tidak berpakain cantik atau memiliki personaliti yang tidak menarik,semuanya cantik dan memiliki personaliti yang menarik,cuma sudah menjadi adat  pertandingan,akan ada pemenangnya.....Apapun yang pasti kita semua gembira.
   Seterusnya ,majlis diteruskan dengan jamuan di kelas masing-masing."SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI....MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Perutusan Hari Raya Oleh Tuan Guru Besar...En.Ismail Ibrahim
Wajah-wajah ceria anak-anak Skkk2 dalam pakaian raya
persembahan murid....nyanyian lagu raya yang penuh syahdu....
nyanyian guru dan murid-murid Tahap 1
Pemenang pakaian dan personaliti menarik Tahap 1 dan 2 bersama Guru Besar ,PKP dan PK HEM...
Ambil peluang posinggggg.......:
Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan

September 4, 2011

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2011

Pengumuman kepada semua murid dan guru Skkk2:
Majlis sambutan hari raya Aidil Fitri akan diadakan pada 06 September 2011.Murid-murid dikehendaki memakai baju raya dan digalakan membawa kuih-muih ( sekiranya ada) bagi memeriahkan majlis sambutan hari raya sekolah kita.Sekian Harap Maklum....

Selamat Datang Guru-guru PBS

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 4 September 2011,pihak sekolah telah menerima seramai 6 orang guru pelatih yang akan menjalani PBS atau Pengalaman Berasaskan Sekolah yang berlangsung mulai 04 September hingga 08 September 2011.Mereka adalah Cik Amie sharmimie Yaacob,Cik Nur'Ain Fatihah Bt.Yusof dari IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka,Cik Wahida Amalin Sa'adun dari IPG Kampus Kota Bharu,Cik Wan SufiyyahWan Zulkipli,Cik Nor Irwanis Yaakub dan Cik Ain Syuhada Baharuddin dari IPG Kampus Tuanku Bainun.Kepada adik-adik pelatih ini selamat menimba pengalaman dari sekolah kami dan jika anda menghadapi sebarang masalah,sila hubungi para pentadbir dan guru-guru di sini.Insya allah kami akan sentiasa memberi kerjasama kepada anda semua.....".Selamat Menimba pengalaman dan Kongsi Pengalaman"
Adik-adik pelatih dari 3 IPGM yang berbeza...Kampus Kota Bharu,kampus Tengku Bainun dan Kampus Perempuan Melayu Melaka

CARIAN

Sorotan Sejarah Skkk2

SKKK 2 telah ditubuhkan pada tahun 1988. Ia terletak di Kampung Chicha Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Jaraknya lebih kurang 8km dari Bandar Kota Bharu. Sekolah ini telah dibina di atas tapak sawah padi seluas 1.62 hektar dan mempunyai 2 blok bangunan asal yang dikelilingi pokok kelapa ayng ditanam oleh guru besar. Sejak penubuhannya sehinga kini, sekolah ini mempunyai 10 orang guru besar. Buru besar yang pertama iaitu Hj Ariffin bin Ismail mula berkhidmat pada 1 Januaru 1988 sehinggan 31 Disember 1988. Guru besar pertama dipindahkan dari SK Zainab, Telipot Kota Bharu. Tertubuhnya sekolah ini disebabkan oleh penambahan penduduk di sekitar Kubang Kerian. Pada tahun pertama penubuhannya, murid-murid SKKK 1 yang beralamat di sekitar Kg Chicha telah dipindahkan ke SKKK 2 dan ditambah dengan pendaftaran baru pada tahun tersebut. Murid-murid yang telah diipindahkan dari SKKK 1 adalah mereka yang beralamat di sekitar Kg Chicha seperti Kg Pasir Tumbuh, Kg Binjai, Pulau Hilir dan lain-lain. Pada tahun pertama penubuhanya, hanya 310 orang murid menduduki tahun 1 hingga 6 dan purata bagi setiap kelas ialah 20 orang. Manakala guru pula lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada mereka yang telah dipindahkan dari sekolah sekitarnya. Pada tahun 1988, sekolah ini telah manduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan yang agak memberansangkan dengan 8 orang murid mendapat 5A.

Kem Kepmpinan Skkk2 @Sri Pantai Beach Resort

Kem Kpmpinan Sri Pantai@1&2Feb 2012 Slideshow: Skkk2’s trip to Kota Bharu, Kelantan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kota Bharu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Album Kenangan

PENAFIAN