September 7, 2011

Solat Hajat Perdana

Sk.Kubang Kerian 2- 07 September 2011, Adalah dimaklumkan bahawa satu majlis solat hajat perdana akan diadakan seperti yang tertera di bawah:
Tarikh     : 07 September 2011
Masa      : 07 ptg hingga 9.30 malam
Tempat   : Dewan Harmoni Skkk2

Atucara Majlis 
 7.00 ptg - Ketibaan semua warga sekolah dan ibubapa bersama murid-murid Tahun  6
7.30 ptg - *Solat maghrib berjemaah
                * Solat Hajat UPSR
                * Bacaan Yasin
                * Solat isyak berjemaah
                * Solat Restu Ilmu Ibubapa oleh Ustaz Abd Hadi B.Mat Junoh
                   ( Penyelia Pelajaran Sektor Pendidikan Islam,JPN Kel. )
9.30 mlm - Persegaran di kantin Skkk2
---           - Bersurai

Diharap mendapat kerjasama daripada semua guru dan juga ibubapa para calon UPSR 2011.Semoga dengan doa yang kita panjatkan bersama akan menambahkan kkeberkatan dan dimakbulkan oleh Allah Azzawajalla....Amin!!!

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan

CARIAN

Sorotan Sejarah Skkk2

SKKK 2 telah ditubuhkan pada tahun 1988. Ia terletak di Kampung Chicha Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Jaraknya lebih kurang 8km dari Bandar Kota Bharu. Sekolah ini telah dibina di atas tapak sawah padi seluas 1.62 hektar dan mempunyai 2 blok bangunan asal yang dikelilingi pokok kelapa ayng ditanam oleh guru besar. Sejak penubuhannya sehinga kini, sekolah ini mempunyai 10 orang guru besar. Buru besar yang pertama iaitu Hj Ariffin bin Ismail mula berkhidmat pada 1 Januaru 1988 sehinggan 31 Disember 1988. Guru besar pertama dipindahkan dari SK Zainab, Telipot Kota Bharu. Tertubuhnya sekolah ini disebabkan oleh penambahan penduduk di sekitar Kubang Kerian. Pada tahun pertama penubuhannya, murid-murid SKKK 1 yang beralamat di sekitar Kg Chicha telah dipindahkan ke SKKK 2 dan ditambah dengan pendaftaran baru pada tahun tersebut. Murid-murid yang telah diipindahkan dari SKKK 1 adalah mereka yang beralamat di sekitar Kg Chicha seperti Kg Pasir Tumbuh, Kg Binjai, Pulau Hilir dan lain-lain. Pada tahun pertama penubuhanya, hanya 310 orang murid menduduki tahun 1 hingga 6 dan purata bagi setiap kelas ialah 20 orang. Manakala guru pula lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada mereka yang telah dipindahkan dari sekolah sekitarnya. Pada tahun 1988, sekolah ini telah manduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan yang agak memberansangkan dengan 8 orang murid mendapat 5A.

Kem Kepmpinan Skkk2 @Sri Pantai Beach Resort

Kem Kpmpinan Sri Pantai@1&2Feb 2012 Slideshow: Skkk2’s trip to Kota Bharu, Kelantan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kota Bharu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Album Kenangan

PENAFIAN