January 29, 2012

Lawatan Penanda Aras Dari Sk.Tan Sri Gazali Jawi,Perak

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi......
Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 29 Januai 2012 pihak Sk.Kubang Kerian 2 telah berkenan menerima kunjungan "Lawatan Penanda Aras" dari Sk Tan Sri Gazali Jawi.Rombongan yang  ini diketuai oleh guru besarnya,bersama barisan pentadbir serta guru-guru yang seramai 40 orang dari sekolah tersebut.
       Sk.Kubang Kerian 2 telah menyambunt kedatangan rombongan ini kira-kira jam 10.30 pagi.Dalam ucapannya pihak Guru Besar   Sk.Tan Sri Gazali Jawi,Tuan Hj.Mohd Arif B.Abd Jabar telah menyatakan hasrat kedatangan rombongan sekolah beliau adalah semata-mata untuk berkongsi pengalaman dalam mengurustadbir sekolah ke arah kecemerlangan pelajar dalam akademik.Menurutnya lagi,beliau tertarik dengan lonjakan UPSR sekolah ini yang sentiasa meningkat saban tahun dan yang paling menonjol adalah keputusan UPSR tahun 2011.Semua maklumat ini menurutnya,diperolohi melalui lamanblog Sk.Kubang Kerian 2 yang sentiasa dikemaskini dan melampirkan unjuran keputusan peperiksaan di maya.
         Pihak Sk.Kubang Kerian 2 yang diwakili oleh Penolong Kanan Pentadbiran,En.Mohd Ariffin Yaacob telah memberikan sedikit ucapan selamat datang serta menghulurkan salam perkenalan dan persahabatan,seterusnya diikuti dengan sesi pembentangaan "Program Kecemerlangan Pelajar" yang telah dilaksanakan di Skkk2 ini.Di akhir sesi,para guru SKTSGJ dan Skkk2 telahf bertukar-tukar pandangan dalam sesi dialog.Dialog ini agak hangat kerana ianya akan dijawab terus oleh personal yang terlibat seperti guru-guru Tahun 6 yang juga merangkap "Jawatankuasa Kecemerlasngan Pelajar Skkk2" atau" Skuad
Kecemerlangan Skkk2"
         Semoga dengan perkongsian sebegini akan lebih menambahbaikkan lagi mutu P&P dan program-pprogram yang bakal dilaksanakan di sekolah masing-masing.Kedua-dua buah sekolah berjanji akan
sentiasa berkolaborasi ke arah kecemerlangan pelajar seperti bertukar-tukar soalan latihtubi dari kedua buah sekolah.kolaborasi maya juga akan diteruskan memandangkan ke dua-dua sekolah ini di[pisahkan oleh
jarak yang agak jauh,dua negeri yang berbeza: antara Kelantan dan Perak.Semoga jambatan yang telah
dibina ini akan terus kekal dan tidak akan dirobohkan walau badai datang melanda....."Sekalung terima
kasih dari kami warga Skkk2 kepada warga Sk.Tan Sri Gazali Jawi,PerakJika ada sebarang kesalahan atau
 kesilapan semasa berbicara atau sebarang kekurangan terhadap layanan kami,maka sepuluh jari kami
hulurkan,ribuan ampun dan maaf jua kami pinta....Hingga jumpa lagi....

PKP Skkk2 sedang memberi taklimat kepada para pelawat dari Sk Tan Sri Ghazali Jawi
Asyik dengan pembentangan "Kecemerlangan @ Skkk2"
Para tetamu sedang asyik mendengar taklimat yang diberikan oleh PKP Skkk2 En.Arifin B.Yaacob
Sesi dialog...Puan PK HEM sedang menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh para tetamu dari Sk.Tan Sri Ghazali Jawi
Terima kasih! Hadiah daripada Tuan Guru Besar SKTSGJ kepada pihak Skkk2
Kalau ada sumur di ladang,boleh kita menumpang mandi....kalau ada umur yang panjang,boleh kita berjumpa lagi!!!
Tanda hati sebagai kenang-kenangan....Terima kasih!!!

CARIAN

Sorotan Sejarah Skkk2

SKKK 2 telah ditubuhkan pada tahun 1988. Ia terletak di Kampung Chicha Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Jaraknya lebih kurang 8km dari Bandar Kota Bharu. Sekolah ini telah dibina di atas tapak sawah padi seluas 1.62 hektar dan mempunyai 2 blok bangunan asal yang dikelilingi pokok kelapa ayng ditanam oleh guru besar. Sejak penubuhannya sehinga kini, sekolah ini mempunyai 10 orang guru besar. Buru besar yang pertama iaitu Hj Ariffin bin Ismail mula berkhidmat pada 1 Januaru 1988 sehinggan 31 Disember 1988. Guru besar pertama dipindahkan dari SK Zainab, Telipot Kota Bharu. Tertubuhnya sekolah ini disebabkan oleh penambahan penduduk di sekitar Kubang Kerian. Pada tahun pertama penubuhannya, murid-murid SKKK 1 yang beralamat di sekitar Kg Chicha telah dipindahkan ke SKKK 2 dan ditambah dengan pendaftaran baru pada tahun tersebut. Murid-murid yang telah diipindahkan dari SKKK 1 adalah mereka yang beralamat di sekitar Kg Chicha seperti Kg Pasir Tumbuh, Kg Binjai, Pulau Hilir dan lain-lain. Pada tahun pertama penubuhanya, hanya 310 orang murid menduduki tahun 1 hingga 6 dan purata bagi setiap kelas ialah 20 orang. Manakala guru pula lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada mereka yang telah dipindahkan dari sekolah sekitarnya. Pada tahun 1988, sekolah ini telah manduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan yang agak memberansangkan dengan 8 orang murid mendapat 5A.

Kem Kepmpinan Skkk2 @Sri Pantai Beach Resort

Kem Kpmpinan Sri Pantai@1&2Feb 2012 Slideshow: Skkk2’s trip to Kota Bharu, Kelantan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kota Bharu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Album Kenangan

PENAFIAN