February 26, 2012

Watikah Pelantikan Pemimpin Muda

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Tanggal 26 Februari 2012,Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda telah disempurnakan dalam suasana yang sederhana tapi  meriah.Dirasmikan oleh Yang Setia Pengarah Hal Ehwal Awam,IPD Kota Bharu Sikh Mahamood b Sikh Ali.Seramai 250 orang peminpin muda yang terdiri daripada pengawas sekolah,(82 orang)Briged Bestari (34 orang),Pengawas Pusat Sumber( 57 orang ),Pembimbing Rakan Sebaya( 29 orang ) dan ketua serta penolong ketua darjah ( 48 orang) telah menerima watikah pelantikan masing-masing.
      Antara objektif diadakan majlis watikah ini adalah :
1.Para pemimpin kecil akan dapat merasakan diri mereka diiktiraf dan diakui di peringkat sekolah.
2.Memikul dan menjalankan tanggung jawab yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan jujur dan berdisiplin.
3.Mengenali potensi diri mereka sebagai pemimpin pelajar yang cemerlang dan bermotivasi.
4.mampu menjadi seorang yang menghargai dan menepati masa.
5.Menjadi individu yang perihatin,positif dan menghormati keunikan orang lain.
6.mampu berinteraksi dengan baik agar mereka lebih berdiplomasi dalam menjalankan tugas.
Semoga dengan adanya majlis Watikah Pelantikan ini semua objektif yang disenaraikan di atas akan dapat dicapai oleh setiap pemimpin pelajar Skkk2.Itulah luahan dan harapan daripada para pentadbir sekolah khususnya Guru Besar Skkk2,PK HEM,Unit Kaunseling dan juga guru-guru Skkk2."Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuran hidup manusia."

Yang Setia Sikh Mahamood B.Sikh Ali sedang meneliti buku program dan perjalanan majlis

Tuan Guru Besar bersama Yang Setia Sikh Mahamood sedang menyampaikan sijil pelantikan....

Puan Halimah Bt Abdullah Kutty (PK HEM ) sedang menyampaikan sijil pelantikan kepada pemimpin cilik.

Ikrar Pemimpin Sekolah diketuai oleh ketua pelajarSyamil Ikhwan B. Noor Azman

Para Pemimpin Sekolah sedang melafazkan ikrar

nyanyian lagu sekolah sedang berkumandang

Slot motivasi bersama Abati En.Mohd zaini B.Zakaria,kaunselor Skkk2

CARIAN

Sorotan Sejarah Skkk2

SKKK 2 telah ditubuhkan pada tahun 1988. Ia terletak di Kampung Chicha Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Jaraknya lebih kurang 8km dari Bandar Kota Bharu. Sekolah ini telah dibina di atas tapak sawah padi seluas 1.62 hektar dan mempunyai 2 blok bangunan asal yang dikelilingi pokok kelapa ayng ditanam oleh guru besar. Sejak penubuhannya sehinga kini, sekolah ini mempunyai 10 orang guru besar. Buru besar yang pertama iaitu Hj Ariffin bin Ismail mula berkhidmat pada 1 Januaru 1988 sehinggan 31 Disember 1988. Guru besar pertama dipindahkan dari SK Zainab, Telipot Kota Bharu. Tertubuhnya sekolah ini disebabkan oleh penambahan penduduk di sekitar Kubang Kerian. Pada tahun pertama penubuhannya, murid-murid SKKK 1 yang beralamat di sekitar Kg Chicha telah dipindahkan ke SKKK 2 dan ditambah dengan pendaftaran baru pada tahun tersebut. Murid-murid yang telah diipindahkan dari SKKK 1 adalah mereka yang beralamat di sekitar Kg Chicha seperti Kg Pasir Tumbuh, Kg Binjai, Pulau Hilir dan lain-lain. Pada tahun pertama penubuhanya, hanya 310 orang murid menduduki tahun 1 hingga 6 dan purata bagi setiap kelas ialah 20 orang. Manakala guru pula lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada mereka yang telah dipindahkan dari sekolah sekitarnya. Pada tahun 1988, sekolah ini telah manduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan yang agak memberansangkan dengan 8 orang murid mendapat 5A.

Kem Kepmpinan Skkk2 @Sri Pantai Beach Resort

Kem Kpmpinan Sri Pantai@1&2Feb 2012 Slideshow: Skkk2’s trip to Kota Bharu, Kelantan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kota Bharu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Album Kenangan

PENAFIAN