March 22, 2012

Selamat Datang Guru Pelatih Baru

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Sk.Kubang Kerian2 telah menerima seramai empat orang guru praktikum dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,Kelantan.mereka adalah Muhammad Izzat Azri bin Zulkefely,Suhaimi bin suliman,Muhammad hafiz bin Azahar dan Ahmad Shazwan bin Abdul Wahid Shawal.Selamat datang diucapkan kepada adik-adik pelatih dari IPKB ini.Semoga anda semua dapat menimba ilmu dan pengalkaman di sini.Juga harapan daripada pihak Skkk2 semoga adik-adik pelatih akan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam manjayakan semua program yang dilancarkan oleh pihak sekolah.dalam bidang praktikum,adik-adik pelatih bolehlah mengambil pengalaman daripada guru-guru lama dan jka adik-adik mempunayai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu ,jangan lupa kongsi bersama guru-guru lama.Jika adik-adik perlukan bimbingan,jangan segan-segan untuk bertanya guru-guru yang sudah berpengalaman.Akhir sekali kami seluruh warga Skkk2 mengucapkan "Selamat datang Ke Sekolah kami dan semoga anda selesa di sini dan bersedia untuk sma-sama mencurah bakti di bumi kerian yang damai ini "....Selamat Menjalani Praktikum...


CARIAN

Sorotan Sejarah Skkk2

SKKK 2 telah ditubuhkan pada tahun 1988. Ia terletak di Kampung Chicha Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Jaraknya lebih kurang 8km dari Bandar Kota Bharu. Sekolah ini telah dibina di atas tapak sawah padi seluas 1.62 hektar dan mempunyai 2 blok bangunan asal yang dikelilingi pokok kelapa ayng ditanam oleh guru besar. Sejak penubuhannya sehinga kini, sekolah ini mempunyai 10 orang guru besar. Buru besar yang pertama iaitu Hj Ariffin bin Ismail mula berkhidmat pada 1 Januaru 1988 sehinggan 31 Disember 1988. Guru besar pertama dipindahkan dari SK Zainab, Telipot Kota Bharu. Tertubuhnya sekolah ini disebabkan oleh penambahan penduduk di sekitar Kubang Kerian. Pada tahun pertama penubuhannya, murid-murid SKKK 1 yang beralamat di sekitar Kg Chicha telah dipindahkan ke SKKK 2 dan ditambah dengan pendaftaran baru pada tahun tersebut. Murid-murid yang telah diipindahkan dari SKKK 1 adalah mereka yang beralamat di sekitar Kg Chicha seperti Kg Pasir Tumbuh, Kg Binjai, Pulau Hilir dan lain-lain. Pada tahun pertama penubuhanya, hanya 310 orang murid menduduki tahun 1 hingga 6 dan purata bagi setiap kelas ialah 20 orang. Manakala guru pula lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada mereka yang telah dipindahkan dari sekolah sekitarnya. Pada tahun 1988, sekolah ini telah manduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan yang agak memberansangkan dengan 8 orang murid mendapat 5A.

Kem Kepmpinan Skkk2 @Sri Pantai Beach Resort

Kem Kpmpinan Sri Pantai@1&2Feb 2012 Slideshow: Skkk2’s trip to Kota Bharu, Kelantan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kota Bharu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Album Kenangan

PENAFIAN