April 24, 2011

Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan

   KONSEP PERTANDINGAN KREATIF SAINS DAN MATEMATIK KEBANGSAAN 2011
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori:
Kategori sekolah rendah; dan
Kategori sekolah menengah.
Peserta (solo atau berkumpulan) perlu menghasilkan skrip serta sebuah lakonan pendek (minimum lima [5] minit dan maksimum tujuh [7] minit).
Setiap skrip yang dihasilkan perlu berdasarkan isi kandungan daripada 100 judul buku Sains Matematik yang diterjemahkan oleh ITNM. Setiap skrip perlu membabitkan minimum dua buku (buku Sains atau buku Matematik) atau maksimum lima buku Sains atau Matematik.
Bahasa yang digunakan untuk skrip dan lakonan adalah dalam bahasa Melayu.
Lakonan perlu dirakamkan dengan menggunakan sebarang peralatan rakaman (kamera video, kamera digital (mod video), telefon, komputer, dan sebagainya).
Skrip perlu dihantar ke ITNM melalui e-mel (dengan menyatakan senarai judul buku yang dipilih sebagai rujukan skrip), manakala rakaman lakonan perlu dimuat naik ke laman YouTube dan dibuat pautan ke laman Facebook rasmi ITNM, www.facebook.com/klikITNM.
Penyertaan boleh terdiri daripada minimum seorang atau secara berkumpulan yang terdiri daripada maksimum 4 orang.
Setiap sekolah dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki. Setiap penyertaan mesti disahkan oleh pihak sekolah. Bagaimanapun, setiap penyertaan bagi setiap sekolah perlu membabitkan penggunaan buku yang berbeza.


CABAR KREATIVITI DAN REBUT PELUANG MENANGI WANG TUNAI RM130,000!

Kategori Sekolah Rendah
Hadiah Pertama RM15,000 untuk pemenang & RM10,000 untuk sekolah.
Hadiah Kedua RM12,000 untuk pemenang & RM7,000 untuk sekolah.
Hadiah Ketiga RM10,000 untuk pemenang & RM5,000 untuk sekolah.
Hadiah Saguhati kepada tujuh lagi penyertaan ialah RM500 berserta set lengkap Koleksi 100 Judul Buku Sains & Matematik.

Kategori Sekolah Menengah
Hadiah Pertama RM20,000 untuk pemenang & RM10,000 untuk sekolah.
Hadiah Kedua RM15,000 untuk pemenang & RM7,000 untuk sekolah.
Hadiah Ketiga RM10,000 untuk pemenang & RM5,000 untuk sekolah.
Hadiah Saguhati kepada tujuh lagi penyertaan ialah RM500 berserta set lengkap Koleksi 100 Judul Buku Sains & Matematik.


SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN KREATIF SAINS & MATEMATIK KEBANGSAAN 2011
(Boleh muat turun syarat dan peraturan penyertaan di sini)
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia.
Setiap penyertaan hendaklah terdiri daripada seorang atau sekumpulan dengan maksimum empat orang.
Penyertaan hendaklah dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
Setiap penyertaan hendaklah dalam durasi minimum lima (5) minit dan maksimum tujuh (7) minit.
Rakaman boleh dibuat dalam apa juga medium yang sesuai dan jelas untuk proses pengadilan. Contoh: Rakaman menggunakan kamera video, kamera digital (mod video), telefon bimbit atau komputer.
Setiap rakaman hendaklah dimuat naik ke laman www.youtube.com dan dipautkan ke laman Facebook ITNM di www.facebook.com/klikITNM.
Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan salinan skrip, lengkap dengan senarai buku yang digunakan sebagai rujukan dalam menghasilkan rakaman.
Setiap skrip perlu menggunakan minimum tiga buku daripada mana-mana koleksi 100 judul buku Sains dan Matematik terjemahan ITNM (sila klik di di sini untuk merujuk katalog khas).
Setiap penyertaan akan dinilai berdasarkan kandungan sains dan matematik (berkaitan dengan buku), penyampaian yang kreatif dan konsep yang sesuai.
Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang penyertaan yang dimuat turun dari laman web ITNM (sila klik di sini) dan mengisi surat aku janji dengan memuat turun di sini.
Borang penyertaan dan setiap rakaman hendaklah disahkan oleh pengetua/guru besar sekolah lengkap dengan cap rasmi.
Borang yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak memenuhi syarat dan peraturan akan terbatal secara automatik.
Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Bagaimanapun, setiap penyertaan mestilah menggunakan buku yang berbeza.
Setiap peserta tertakluk kepada syarat dan peraturan serta keputusan pihak penganjur.
Pihak penganjur berhak menggunakan gambar, nama, alamat, rakaman, dokumen, temu bual dan sebarang bentuk maklumat tentang peserta dan pemenang untuk tujuan pengiklanan, promosi dan terbitan dari semasa ke semasa.
Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan.
Hadiah yang ditetapkan tidak boleh ditukar ganti dan segala urusan berkaitan selepas penerimaan hadiah adalah tertakluk kepada pemenang.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Jun 2011.
Bagi mereka yang berminat untuk memasuki pertandingan ini,sila berhubung dengan Penolong Kanan Pentadbiran untuk mendapat keterangan yang lanjut .....Harap Maklum 

CARIAN

Sorotan Sejarah Skkk2

SKKK 2 telah ditubuhkan pada tahun 1988. Ia terletak di Kampung Chicha Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Jaraknya lebih kurang 8km dari Bandar Kota Bharu. Sekolah ini telah dibina di atas tapak sawah padi seluas 1.62 hektar dan mempunyai 2 blok bangunan asal yang dikelilingi pokok kelapa ayng ditanam oleh guru besar. Sejak penubuhannya sehinga kini, sekolah ini mempunyai 10 orang guru besar. Buru besar yang pertama iaitu Hj Ariffin bin Ismail mula berkhidmat pada 1 Januaru 1988 sehinggan 31 Disember 1988. Guru besar pertama dipindahkan dari SK Zainab, Telipot Kota Bharu. Tertubuhnya sekolah ini disebabkan oleh penambahan penduduk di sekitar Kubang Kerian. Pada tahun pertama penubuhannya, murid-murid SKKK 1 yang beralamat di sekitar Kg Chicha telah dipindahkan ke SKKK 2 dan ditambah dengan pendaftaran baru pada tahun tersebut. Murid-murid yang telah diipindahkan dari SKKK 1 adalah mereka yang beralamat di sekitar Kg Chicha seperti Kg Pasir Tumbuh, Kg Binjai, Pulau Hilir dan lain-lain. Pada tahun pertama penubuhanya, hanya 310 orang murid menduduki tahun 1 hingga 6 dan purata bagi setiap kelas ialah 20 orang. Manakala guru pula lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada mereka yang telah dipindahkan dari sekolah sekitarnya. Pada tahun 1988, sekolah ini telah manduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan yang agak memberansangkan dengan 8 orang murid mendapat 5A.

Kem Kepmpinan Skkk2 @Sri Pantai Beach Resort

Kem Kpmpinan Sri Pantai@1&2Feb 2012 Slideshow: Skkk2’s trip to Kota Bharu, Kelantan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kota Bharu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Album Kenangan

PENAFIAN